Susan Loone |
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini berikutan dakwaan bahawa projek itu, yang bermula Januari 2008, telah memburukkan situasi banjir di Kedah.
Menurutnya, syarikat itu dikritik kuat oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.
"Pulau Pinang memandang serius dakwaan dua pemimpin tersebut, seorang dari BN dan seorang lagi dari Pakatan Rakyat; Mereka belum menarik balik kenyataan mereka," kata Lim dalam satu sidang akhbar hari ini.
Oleh itu, katanya, ia bukan lagi masalah politik tetapi pendapat dua pemimpin tersebut mengenai situasi berkenaan.
Kontrak pembinaan sistem berkembar sepanjang 329km yang bernilai RM12.84 bilion dari Padang Besar ke Ipoh, ditandatangani pada 2007.
Lim berkata arahan henti kerja itu akan ditarik balik apabila syarikat berkenaan memberi jaminan bertulis bahawa ia akan menanggung semua kos kerugian akibat banjir di Pulau Pinang, seperti yang ia lakukan di Kedah.
Beliau berharap satu pertemuan awal diadakan antara kerajaan negeri dengan wakil MMC Gamuda dan mahukan komitmen bertulis tanpa sebarang syarat.
Lim berkata, kerajaan negeri mahu syarikat berkenaan membuka landasan yang menyebabkan air hujan bertakung apabila banjir berlaku di negeri itu.
Menurutnya, situasi banjir kali ini adalah 'luar biasa', yang terburuk dalam sejarah banjir di Kedah, ekoran hujan lebat.
15 ulasan:
jika LGE menyalahkan projek landasan berkembar sebagai punca utama banjir, jadi banjir di Kubang Pasu hendak disalahkan projek mana?
ada yang mengatakan, faktor utama yang menyumbang kepada kejadian banjir ini ialah akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal di bahagian hulu negeri ini iaitu di daerah Padang Terap. Hutan yang sudah digondol untuk tujuan pembalakan menyebabkan hujan mengalir laju sekaligus 'mengutip' segala jenis sisa kotoran di sepanjang laluannya dan terus memasuki sungai utama. Justeru, sisa kotoran tersebut akan berkumpul di dalam sungai, sungai menjadi cetek dan apabila tidak mampu menampung kuantiti hujan yang banyak, maka banjir akan berlaku. Bukankah, perkara yang sama pernah berlaku disebuah kampung di daerah Sik baru2 ini, juga akibat daripada pembalakan...
kena pastikan punca utama kepada berlakunya banjir tersebut.
sebaiknya pekara ini diselesaikan melalui perundingan antara pihak-pihak yang terlibat.
setuju dengan rebirth...pembalakan juga boleh menyebabkan berlakunya banjir. apa pun harap penyelesaian terbaik dapat dilakukan.
Apa pun kajian perlu dilakukan untuk memastikan punca yang berlaku sebenarnya. Jangan asyik menunding jari ketempat orang lain.
Entahlah sama ada landasan tersebut itu menyebabkan banjir, tapi tindakan memberhentikan projek itu adalah untuk sementara menunggu jaminan daripada syarikat tersebut jika landasan rosak apabila banjir.
Apa-apa pun, kerajaan juga perlu mencari punca sebenar yang menyebabkan banjir dan mencari akal untuk menyelesaikanya.
Semua punca kejadian harus dipertimbangkan kerana saya pasti ini bukan berlaku atas satu sebab sahaja
Kepentingan rakyat harus diberi keutamaan.
Politik sila ketepikan dulu, jangan bantah sekadar ingin membantah, bnatahan harus berasas.
Jika terbukti itulah sebab yang memburukan banjir di Kedah, syarikat berkenaan harus bertanggungjawap.
Politik tidak boleh mengatasi undang-undang.
Jika syarikat tersebut melanggar undang-undang, dakwa mereka supaya mereka membayar ganti rugi.
Pembalakan berlaku dikebanyakan negeri di Malaysia. Kedah bukan negeri tunggal yang menjalankan aktiviti pembalakan.
Kajian teperinci harus dibuat supaya tidak salahkan pihak yang tidak bersalah tetapi pihak bersalah terlepas pula.
Siasat dengan cepat supaya mengurangkan kerugian kerana projek landasan berkembar merupakan projek penting bagi negara.
Catat Ulasan