SANDAKAN — Sebanyak RM16 juta diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini bagi melaksanakan projek membesarkan Jalan Sibuga, yang kerap mendatangkan kerumitan kepada pengguna jalan raya itu, mulai tahun depan.
Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, berkata berikutan rungutan penduduk kawasan itu yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri Sekong dalam kawasan Parlimen Batu Sapi, beliau secara peribadi menghubungi Najib, yang juga Menteri Kewangan, pada 9.30 pagi tadi bagi meminta peruntukan untuk menaik taraf jalan sepanjang 2.75km itu.
“Perdana menteri terus meluluskan peruntukan RM16 juta dan meminta saya mengumumkannya hari ini.
“Kita akan membesarkan jalan laluan sehala itu kepada dua hala bagi mengatasi masalah kesesakan jalan yang sering berlaku di situ,” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Pairin (gambar), jalan raya itu semakin sibuk dengan adanya lapan sekolah di sekitarnya, sebuah kompleks sukan, rumah warga tua, taman-taman perumahan dengan 5,000 unit rumah dan Institut Latihan Perindustrian.
Beliau juga berkata kerajaan negeri telah memberi peruntukan RM2.3 juta bagi kerja pembaikan dan penurapan 12 jalan kecil di sekitar Jalan Sibuga.
14 ulasan:
baguslah jika Jalan Sibuga di besarkan. ini bagi mengatasi masalah kesesakan jalan yang sering berlaku.
terima kasih kepada Timbalan ketua menteri Sabah atas keprihatinan beliau sehingga sanggup terus menelefon PM untuk meminta peruntukkan tersebut. Apa pun semoga rakyat Sibuga akan menikmati jalan yang baik nanti.
membesarkan jalan laluan sehala itu kepada dua hala bagi mengatasi masalah kesesakan jalan yang sering berlaku di situ. Kita mengharapkan semua akan berjalan dengan lancar. Rakyat semakin hari semakin bertambah jadi elok jika jalan itu dibesarkan. Ini juga kerana terdapat 8 sekolah di sekitarnya, sebuah kompleks sukan, rumah warga tua, taman-taman perumahan dengan 5,000 unit rumah dan Institut Latihan Perindustrian.
satu berita baik, pembesaran jalan ini mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memudahkan lalu lintas kawasan tersebut.
Baguslah. Dengan membesarkan jalanan tersebut, ia akan memudahkan pengguna jalan raya untuk mengunakannya. Terima kasih PM!
lihat, kerajaan boleh luluskan terus peruntukan rm16 juta.. ini bukan sekadar janji malah telah pun diumumkan..
saya harap lebih banyak tuntutan rakyat dapat ditunaikan selepas ini bukan sahaja semasa PRK..
Baguslah kalau macam ini. Diharapkan kerajaan akan memberikan lebih banyak perhatian kepada isu-isu yang dihadapi rakyat tempatan.
Diharapkan projek ini dapat disiapkan dengan sempurna supaya boleh menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya.
Kan bagus permintaan rakyat dapat ditunaikan, baharulah nampak keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Sabah.
Masalah jalan Sibuga ini sudah lama menjadi rungutan penduduk di kawasan itu, mujurlah ada pilihan raya kecil di Batu Sapi, tertunailah juga permintaan rakyat. Terima Kasih kepada kerajaan kerana meluluskan RM16 juta untuk besarkan jalan Sibuga.
bagus..ini dapat mengatasi masalah kesesakan jalan yang berlaku di sana..
pembesaran jalan ini menunjukkan bahwa BN benar2 peka dgn keadaan rkyat.
Itu sudah sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menaiktarafkan jalanraya di seluruh Sabah. Namun jangan terlalu gembira kerana ada banyak lagi kawasan yang perlu di naiktarafkan jalanrayanya. Namun kita tetap berterima kasih kepada kerajaan.
Catat Ulasan