Salhan K Ahmad |
Beliau bimbang sekiranya demonstrasi yang berlarutan di Indonesia sejak minggu lalu akan mencetuskan insiden kekerasan terhadap pelajar Malaysia di negara itu.
Beliau menegaskan demikian ketika ditanya mengenai demonstrasi di depan kedutaan Malaysia di negara itu semalam yang turut melibatkan beberapa pertubuhan mahasiswa negara itu.
Jelasnya, forum berkenaan merupakan medium yang penting untuk meredakan sentimen anti-Malaysia di republic tersebut.
"Ini kerana pertubuhan yang mempersetujui Rukun Muafakat ini tidak bersuara. Mereka perlu didorong untuk bersuara supaya dapat tenggelamkan suara-suara provokasi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Muhammad Faisal berkata, PKPIM telahpun menerima jemputan daripada PII supaya menghantar seramai mungkin wakil untuk menghadiri satu majlis forum bersama pertubuhan pelajar yang bernaung di bawah PII.
Lima rukun berkenaan antara lainnya menggariskan pertubuhan pelajar supaya menginsafi persaudaraan Islam serta persamaan rumpun Melayu antara Malaysia-Indonesia "dalam berhadapan dengan pelbagai isu yang melibatkan kedua-dua negara."
Ia turut menuntut supaya mengutamakan pendekatan bersifat diplomasi dan perbincangan dalam menghadapi isu melibatkan perbincangan bersama.
Rukun berkenaan juga menyeru para pelajar supaya menjauhi tindakan bersifat emosional yang boleh menjurus kepada kekerasan, selain memupuk persefahaman kebudayaan dan idealisme.
14 ulasan:
sebaiknya Malaysia dan Indonesia menjalinkan hubungan baik dan bermuafakat.
usaha untuk mengukuhkan hubungan Malaysia-Indonesia perlu sentiasa dilakukan. sebagai dua negara yang berjiran Malaysia dan Indonesia boleh bekerjasama dalam banyak pekara. setiap isu yang timbul perlu ditangani dengan bijak.
Kenapa harus Indonesia dan Malaysia berkeadan sebegini. Sebagai dua buah negara Islam, sepatutnya Bersatu dan apa masalah ada penyelesaian. Tapi dalam hal ini, kerajaan Indonesia tidak bersalah pun, hanya minoriti penduduk yang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Apa yang diharapkan penyelesaian akan diberikan berhbungan kes ini.
harap ketegangan ini akan selesai secepatnya. tidak ada guna juga ini berlaku hanya membuang masa mereka saja. Malaysia-Indonesia cari penyelesaian yang terbaik untuk semua.
Bagus2 boleh bincang, mahu juga merusuh.. kin hairan!!!
Tapi bagus jugalah inisiatif PKPIM. Sekurang-kurangnya hal ni dapat juga menunjukkan rakyat Malaysia memang cool kalau dalam soal menanggani masalah. hihihihi
Setuju jieah. Hubungan antara kedua-dua negara seharusnya dikukuhkan dan bukannya dirosakkan:P
Apapun saya harap hal ni boleh diselesaikan dengan baik.Saya yakin kerajaan Indonesia pun tidak akan membiarkan sikap segelintir kecil rakyatnya menrosakkan hubungan baik Malaysia-Indonesia.
Semoga lawatann PKPIM nanti bakal menjernihkan semulah keadaan yang keruh ini.
kedua-dua negara ini perlu mengambil langkah yang bijak dalam menangani isu ini.Malaysia dan Indonesia perlulah bersifat profesional dan rasional.
rakyat Malaysia tidak perlu melakukan perkara yang sama kerana itu bukan penyelesaian yang terbaik malah memburukkan lagi keadaan. lakukan apa sahaja usaha bagi mengeratkan hubungan kedua2 negara..
tindakan tunjuk perasaan rakyat Indonesia ini hanya mengambarkan keadaan sebenar sosial masyarakat negara itu di mata dunia. pasti ia akan memberi impak negatif terutamanya ekonomi negara itu.
Diharapkan wakil yang dihantar ke Indonesia akan selamat kembali. Tindakan perlu diambil untuk menjaga keselamatan rakyat kita.
Catat Ulasan