BILIK tahanan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Holding Lounge (HL) bukan seperti depot tahanan untuk pendatang asing tanpa izin (PATI) atau penjara menempatkan penjenayah.
Ini jelas berdasarkan pandangan penulis yang berpeluang meninjau bahagian imigresen KLIA sehingga ke HL dengan kerjasama Jabatan Imigresen termasuk Malaysia Airport Holdings Bhd, selaku pengendali KLIA.
Ternyata HL bukan penjara kerana tiada jeriji besi mengelilingi bilik itu, sebaliknya ditutupi dinding kaca telus yang boleh dilihat dari luar.
Terdapat tiga bahagian iaitu penempatan lelaki, penempatan wanita dan ruang utama untuk operasi Pegawai Imigresen dan tempat simpanan bagasi.
Pun begitu, penempatan wanita lebih privasi apabila dinding kaca ditutupi dengan satu lapisan lain sebagai ‘pelindung’ kawasan itu.
Keseluruhan bilik tahanan sementara itu ditutupi dinding kaca kecuali tandas dan bilik mandi yang dihubungkan ke ruang berlatarkan konkrit.
Bagaimanapun, orang awam yang melalui bahagian ketibaan KLIA pasti kecewa kerana mereka tidak akan berpeluang melihat bilik tahanan sementara itu.
Pun begitu, warga asing yang datang ke negara ini untuk bekerja secara sah termasuk wakil majikan merupakan antara mereka bertuah.
Kedudukan HL bersebelahan dengan ruang pintu masuk KLIA untuk kemasukan pekerja asing sekaligus membolehkan mereka melihat keadaan bilik itu sendiri.
Walaupun mereka yang ditempatkan sementara ini bukan penjenayah, namun kawalan ketat dilakukan 24 jam bagi memastikan keadaan terkawal.
Sekurang-kurangnya empat pegawai imigresen termasuk kakitangan wanita yang bertugas secara bergilir mengikut tiga waktu bekerja setiap hari.
Menghimpunkan warga asing dari pelbagai latar belakang dan negara berisiko terutama mereka berasa tertekan kerana dibenarkan melalui pintu masuk KLIA.
Sewaktu penulis meninjau HL, kesemua mereka banyak menghabiskan masa dengan tidur, berbual-bual sesama sendiri atau termenung.
Tiada aktiviti lain boleh dilakukan selain makan, mandi dan tidur termasuk solat serta tidak dibenarkan keluar dari HL sepanjang proses menunggu.
Mereka sudah tentu berasa bosan kerana penghantaran semula bergantung kepada kapasiti penerbangan yang boleh berlanjutan sehingga lebih seminggu lamanya.
Selain kemudahan tempat tidur, mandi dan solat, mereka juga disediakan makan minum sebanyak tiga kali sehari pada waktu pagi, tengah hari dan malam.
Kesemuanya ditaja oleh syarikat penerbangan masing-masing dan Malaysia Airlines (MAS) turut dilantik oleh 14 syarikat penerbangan lain bagi pengurusan makanan.
Jika diperhatikan, bilik tahanan sementara ini tidak seteruk yang disangkakan kerana imigresen sentiasa menjaga kebajikan dan menjamin keselamatan mereka.
Keadaan HL tidak ubah seperti ruang menunggu di bahagian ketibaan atau pelepasan KLIA dan perbezaannya hanyalah dinding kaca sebagai pemisah.
Mereka yang ditempatkan di sini juga tidak dilayan seperti PATI atau penjenayah kerana status ketibaan mereka di KLIA bukan secara haram.
Persoalan yang terlintas di fikiran penulis apabila melihat nama Holding Lounge di pintu masuk bilik tahanan sementara di KLIA ini akhirnya terjawab.
9 ulasan:
apa pun, kebajikkan mereka yang telah ditahan itu harus dijaga. Mereka yang ditahan kira beruntung kerana diberikan layanan yang baik tidak seperti dipenjara sebenar.
memang sepatutnya kebajikan mereka yang ditahan dijaga dengan baik. mereka telah diberikan pekara yang diperlukan seperti makan dan minum, dan tempat mandi dan solat.
nampaknya kebajikan tahanana djaga dgn baik. inilah sikap Malaysia yang bertolak ansur dan tidak suka menindas.
Ba ok la ba tu. Takkan mahu didera pula kan. hehehe
Setuju dengan pandangan kamurang. Kebajikan tahanan harus dijaga juga, jangan sampai kemudian hari lain pula cerita yang timbul kan. hehhee
Jika mahu negara lain menjaga hak rakyat kita kelak, kita kenalah menjaga hak tahanan negara lain juga.
Kebajikan mereka harus dijaga. Mereka juga manusia, cuma mereka dari negara lain.
Jikalau kebajikan mereka tidak dijaga,mesti banyak masalah akan timbul. Oleh itu, memang patut kebajikan mereka dijaga.
At least, everything have been answered about this holding lounge
Catat Ulasan