MALAYSIA KINI | ||
|
Peguam Phang, Francis Ng Aik Guan, memberitahu mahkamah terdapat perkembangan baru berhubung kes tersebut yang memerlukan perbicaraan ditangguhkan bagi memberi masa untuk pihak pendakwaan membuat keputusan sama ada menerima representasi berkenaan atau tidak.
Ng juga memberitahu mahkamah bahawa pihaknya turut menghantar representasi sebelum ini tetapi tidak menerima sebarang jawapan setakat ini.
Perbicaraan terhadap Phang yang merupakan seorang daripada tertuduh utama kes mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), ditetapkan hari ini dan esok.
Ng berkata sekiranya pejabat Peguam Negara menerima representasiya, maka semua pertuduhan terhadap Phang akan digugurkan.
Phang, 63, didakwa sebagai pengurus besar yang diamanahkan bagi dana dalam sebuah akaun di RHB Bank Berhad, melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang antara 1 Okt 2004 dan 5 Sept 2005.
Dia menghadapi dua lagi tuduhan serupa masing-masing membabitkan RM21,600,000 dan RM134,550,000, yang didakwa dilakukan di tempat yang sama antara 30 Sept 2005 dan 9 Mei 2006 dan antara 1 Jun 2005 dan 13 Jan 2006.
Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup memberitahu mahkamah bahawa pihaknya tidak membantah permohonan oleh pihak pembelaan.
Hakim Asmadi mengingatkan kedua-dua pihak supaya tidak lagi memohon menangguhkan perbicaraan kes berkenaan kerana sebelum ini ia telah ditangguhkan beberapa kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan