Selasa, 24 Ogos 2010

Hishammuddin: Polis Dapat Petunjuk Kes Letupan Mercun

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis telah menemui beberapa petunjuk berhubung kes letupan mercun di sebuah rumah tinggal di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, Terengganu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Isnin.

Sehubungan itu, katanya, Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan telah diarahkan untuk mendakwa suspek terlibat di mahkamah sekiranya semua bukti telah diperoleh.

"Saya dimaklumkan oleh Ketua Polis Terengganu bahawa mereka dah ada beberapa lead dalam kes ini.

"Oleh itu saya sudah minta mereka (polis) kalau dah cukup bukti dakwa mereka (individu terlibat) di mahkamah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan penyerahan bantuan kepada ibu tunggal dan anak yatim di sini.

Dalam kejadian pada kira-kira 12.30 tengah hari semalam, Khairul Arif Ayob, 6, maut setelah tercampak ke atas pokok setinggi 15 meter dan cedera parah di bahagian kepala.

Kejadian itu turut mengakibatkan dua lelaki yang dikenalpasti sebagai Mohd Asrizan Muda, 22, dan Mazlan Abdullah, 29, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Hishammuddin menyeru ibu bapa supaya turut memainkan peranan dengan mengawasi pergerakan anak-anak agar kes sedemikian tidak berulang.

"Saya menyeru kepada semua pihak supaya jangan ambil mudah perkara ini. Ini adalah satu insiden yang amat menyayat hati. Ibu bapa juga perlu main peranan dan tanggungjawab," katanya.

11 ulasan:

Hamdan Hadillah berkata...

Dalam tragedi ini, biar kita ambil pengajaran kepada kita. Selaku ibu dan bapa, awasilah anak-anak anda dan larang mereka untuk bermain mercun. Malang tidak berbau.

azman berkata...

harap polis dapat menyelesaikan kes ini. ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka daripada bermain mercun. kita perlu mengambil iktibar daripada kes ini.

Tanpa Nama berkata...

inilah bahaya mercun, jgnlah kita bermain mercun kerana ia merbahaya. ibu bapa tidak sejarusnya bersikap cuai dan membiarkan anak2 mereka bermain mercun sesuka hati. bukan sahaja mercun tp juga kegiatan lain.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya rumah tersebut dijadikan tempat menyimpan bahan letupan dan setakat ini polis telah menahan bapa kepada salah seorang mangsa..

Boten_Trish berkata...

Let this be a lesson to be learn for those who wants to play firework. Parents should avoid letting their kids playing with it or supervise them.

Paquin berkata...

Balik2 sudah kena pesan jangan main mercun pun masih juga ada yang keras kepala. huhuhuhu

Paquin berkata...

Apapun saya harap semua pihak bagi kerjasama... Ibu bapa terutamnya pantau lah kegiatan anak2 supaya mereka tidak leka bermain mercun sehingga mengundang bahaya.

Tanpa Nama berkata...

telah banyak pesanan atau kempen yang dilakukan baik kerajaan atau NGO berhubung dengan bahaya mercun...namun masih terdapat lagi mereka yang degil sehingga membawa musibah kepada diri sendiri serta orang lain..

Tanpa Nama berkata...

semua pihak haruslah bekerjasama bagi membanteras kegiatan penjualan mercun lebih2 lagi pada musim perayaan..ibu bapa tidak seharusnya membiarkan anak2 mereka bermain mercun kerana malang tidak berbau..

Tanpa Nama berkata...

harap kes ini akan selesai secepat mungkin...mereka yang bersalah harus dikenakan tindakan undang2 yang berat sebagai pengajaran kepada masyarakat..

Anak Sabah berkata...

Penjualan dan pengunaan mercun ini sudah lama diharamkan di negara kita. Jika kita tidak melibatkan diri dengan barangan ataupun perkara yang telahpun dilarang, masalah seperti ini mengkin boleh dielakkan. Ibu-bapa juga perlulah mengawasi anak-anak mereka, mereka bertanggungjawab menjaga keselamatan anak mereka.