Jumaat, 2 Julai 2010

Saman Suara Keadilan, Lebih Banyak Masalah Felda Terbongkar

BERNAMA

Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersedia ke mahkamah untuk menghadapi saman daripada Felda berhubung laporan akhbar rasmi parti itu 'Suara Keadilan' yang menyiarkan artikel bertajuk 'Felda Bankrap' yang disiarkan pada 22 hingga 29 Jun lepas, kata Naib Presidennya Azmin Ali.

Beliau berkata PKR bersedia berhadapan dengan tindakan mahkamah dan mendakwa akan membongkar lebih banyak maklumat mengenai keadaan sebenar Felda yang dicuba disembunyikan oleh pihak tertentu.

"Kita bersedia untuk menggunakan pentas ini (mahkamah) dan membongkar lebih banyak fakta supaya rakyat tidak ditipu.

"Saya tidak nampak logiknya peneroka Felda yang sudah bertahun ditekan tampil untuk berdemonstrasi seperti baru-baru ini melainkan mereka ditaja untuk menutup kelemahan tertentu," katanya pada sidang media Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Pakatan Rakyat hari ini.

Tiada ulasan: