Abdul Rahim Sabri |
Setiausaha agung PSM S Arutchelvan membuat laporan tersebut kepada bahagian tatatertib polis di ibu pejabatnya di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.
Mereka mendakwa, seorang anggota berpangkat sarjan di sebuah balai di Kajang terlibat dalam pemerasan tersebut.
Dalam aduan itu, Arutchelvan (berbaju merah) antaranya menuntut tukang pembinaan tersebut diberikan perlindungan dan jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa.
Beliau yang hadir mengadu bersama isteri 'mangsa' mendakwa polis berpangkat sarjan itu telah bersubahat dengan pemeras ugut dan meminta mangsa membayar sejumlah wang sebanyak RM900.
Sebelum itu, Arutchelvan, keluarga mangsa dan kira-kira sepuluh penyokong berkumpul di pintu utama Bukit Aman bagi menyerahkan memorandum (bawah) kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berhubung perkara itu.
Dalam memorandum tersebut, mereka antaranya mendesak supaya sarjan tersebut digantung tugas serta merta bagi membolehkan polis membuat siasatan.
Mereka juga mendesak polis memberi perlindungan kepada mangsa dan keluarganya kerana "mereka amat takut dengan insiden" tersebut.
Sementara itu, ketika ditemui Malaysiakini selepas membuat aduannya, Arutchelvan berkata, mereka disarankan membuat satu lagi laporan polis kerana perkara yang didakwanya itu berkaitan dengan jenayah.
Bagaimanapun, Arutchelvan berkata pihaknya enggan menurutinya kerana mendakwa memorandum yang diserahkan mereka sudah lengkap untuk polis memulakan siasatan.
Sebagai jaminan keselamatan, Arutchelvan berkata pegawai polis daripada bahagian tatatertib itu memberikan beberapa nombor telefon pegawai bertugas daripada Bukit Aman untuk dihubungi sekiranya pemerasan itu berulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan