TV SELANGOR
Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Selangor sebulat suara menyokong kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sekaligus menafikan cerita palsu media milik Umno Barisan Nasional.
ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali menyatakan keputusan mesyuarat Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat negeri (BBC) sebagai reaksi terhadap Khalid selaku peneraju pentadbiran negeri ini.
Pelantikan Azmin sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggantikan Khalid sebelum ini disensasikan media arus perdana yang mewar-warkan cerita, kononnya PKR dihimpit krisis perpecahan.
Sentimen sama turut diutarakan oleh ADUN PAS dan DAP.
ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman dari PAS berkata demikian: "Kami dari kalangan ADUN dan BBC tidak pernah mempertikaikan kepimpinan Menteri Besar dan sentiasa memberikan sokongan penuh kepada pentadbiran beliau.
ADUN Kampung Tunku dari DAP, Lau Weng San pula berpendapat keterbukaan PKR dalam isu pentadbiran Selangor tidak harus dilihat sebagai satu perpecahan
"Masih ramai di luar yang belum faham dasar-dasar PKR. Walau ada perbezaan pendapat, ia tak harus dilihat sebagai perpecahan tapi harus dilihat sebagai keterbukaan PKR dalam pentadbiran negeri Selangor," kata beliau yang juga Setiausaha DAP Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan