Calon BN yang diresahkan akhirnya diumumkan juga. Setelah tolak tarik antara MIC dan umNO, untung rugi antara keduanya, bimbang kalah jika salah percaturan... Pemilihan satu Malaysia... Kamal ananthan.... calon yang telah memenangkan MIC. bukan dalam pilihanraya, tetapi dalam pertandingan dengan umNO yang mahukan melayu... MIC menang kerana kerusi majoriti Melayu diserahkan kepada India.. dan dikatakan janji Palanivel akan dilantik sebagai Senator yang membuka jalan kepada jawatan timbalan menteri.
Inilah cara poitik umNO yang dikatakan bijak dan menguntungkan melayu. Bukan sahaja kerusi majoriti melayu lesap, malah jika benar khabar tersebar tentang janji yang dipersetujui dengan Palanivel, maka kuota senator dan timbalan menteri juga milik MIC. umNO tewas 3-0 dengan MIC dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor sebelum pertandingan bermula. Tahniah Sammy.
Apa yang melayu khususnya Hulu Selangor dapat? mungkin penawarnya ialah janji manis yang telah ditabur juga limpahan kuah yang akan tumpah dalam pinggan mangkuk pemimpin kawasan dan cawangan. Inilah politik gula gula yang menjadi darah daging umNO sejak dulu dalam mendidik bangsanya berpolitik. Politik menang sorak kampung tergadai.
Sejak dulu kita diperintah bangsa sendiri, namun yang kita miliki ialah kehilangan kuasa dan harta termasuk rizab melayu dan tanah waqaf atas nama pembangunan. Munculnya beberapa nama tokoh korperat melayu yang berlindung disebalik nama bukan melayu yang menjadi tuan yang mencatur segalanya.
Islam tidak mengajar kita politik perkauman, tetapi membodohkan bangsa sendiri dalam berpolitik adalah sifat khianat yang tak boleh dimaafkan. Bangsa lain berpolitik untuk kepentingan bangsa , kita diajar berpolitik untuk minum pagi dan makan petang... esoknya kita kelaparan menanti beberapa bulan yang entah bila datang..mungkin lima tahun lamanya...
Di Dalam al Quran terselit kisah nabi Sulaiman dengan semut.... ketika Sulaiman dan tenteranya melintasi lembah semut berkatalah raja semut..wahai sekelian semut... masuklah kamu ke dalam lubang kamu kerana dibimbangi Sulaiman tidak menyedari tentang kamu lalu dipijak.... ia tidak mengajak rakyatnya keluar beramai ramai kerana mungkin ada yang akan tumpah dari rombongan tentera Sulaiman... bijaknya politik semut. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan