Kepimpinan MIC Selangor hari ini menggesa Umno supaya tidak campur tangan dalam menentukan bakal calon dengan mengetepikan nama yang disyorkan oleh parti itu.
“Kami tidak gembira apabila mendengar Umno mencuba untuk menentukan syarat dalam memutuskan calon sedangkan ia menjadi hak MIC dan presidennya,” kata Ketua MIC Bahagian Puchong A. Saktivel pada sidang media hari ini.
Beliau mewakili 18 daripada 22 bahagian dalam Selangor.
Kepimpinan MIC Selangor mengadakan sidang media itu dua hari sebelum Barisan Nasional dijadual mengumumkan calonnya.
Barisan kepimpinan itu mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kekal dengan satu-satunya nama dikemukakan oleh MIC iaitu Datuk G. Palanivel sebagai calon pilihan raya kecil. -MI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan