Ali Hashim |
SEBERANG JAYAl: Pakatan Rakyat (PR) mampu memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor seandainya dilaksanakan dengan adil dan telus. Menurut Setiausaha Pemuda Dapsy Pulau Pinang, Ng Wei Aik (gambar), apa yang membimbangkan ialah adanya campur tangan dari pihak-pihak tertentu secara tidak jujur dan ikhlas bagi memenangkan Barisan Nasional (BN). "Kita sedia maklum BN akan menggunakan pelbagai saluran dan agensi kerajaan yang ada bagi mendapatkan kembali kuasa yang sudah hilang di tangan mereka sejak kekalahan mereka dalam pilihan raya umum Mac 2008 yang lalu. “Saya tidak hairan sekiranya undi pos dan pengundi hantu menjadi satu harapan besar mereka untuk mendapat kemenangan,” katanya. Walau bagaimana pun, ujarnya rakyat negeri Selangor dan kawasan Hulu Selangor adalah mereka yang bijak dalam membuat pilihan. Beliau yakin mereka sudah jelas melihat bagaimana BN mula menabur janji-janji pilihan raya menjelang pilihan raya kecil itu. “Kenapa mereka tidak taburkan sebelum ini. Kenapa baru sekarang mereka mahu turun padang dan menemui rakyat kawasan tersebut. “Ini sudah jelas dapat kita lihat BN terdesak untuk merampas kembali kerusi tersebut setelah mereka lihat sokongan terhadap mereka dalam pilihan raya yang lalu tidak menggalakkan," katanya. Ng yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar berkata, PR mampu untuk meraih kembali kemenangan dalam pilihan raya kecil itu walaupun sebelum ini hanya menang tipis dengan 198 undi. "Kita akan pastikan siapa saja calon daripada PR akan memenangi kerusi tersebut. “Saya yakin kesepakatan yang ada dalam PR antara PKR, PAS dan DAP inilah yang akan menjadi kekuatan kita bagi mempertahankan kerusi yang telah kita menangi sebelum ini. “Kekuatan yang ada pada PR inilah yang amat digeruni oleh BN sehingga mereka sanggup bertindak diluar batasan dengan membuat pelbagai dakwaan dan tuduhan yang tidak berasas," ujarnya. |
Rabu, 14 April 2010
PR menang jika pilihan raya adil, telus
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan