Oleh: HALIK ZAMAN
NAIB Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, telah menasihatkan semua Ketua Cabang PKR yang hadir di mesyuarat Kepimpinan PKR Negeri pagi tadi untuk tidak mengamalkan sikap perkauman dalam diri dan dalam PKR kerana berada dalam satu keluarga yang dipanggil ‘Parti Keadilan Rakyat’ yang mengamalkan sistem parti berbilang kaum.LUPAKAN SENGKETA, MESTI BERSATU UNTUK MENANG
"Sebagai penyokong parti politik yang berlandaskan prinsip berbilang suku bangsa bahawa diri kita mewakili semua kaum, kita tidak seharusnya membudayakan sikap yang mewakili kaum atau suku bangsa sendiri. Sebagai pemimpin sejati yang berada dalam lingkungan parti berbilang kaum, kita seharusnya meletakkan diri kita sebagai seorang pemimpin yang mewakili semua kaum, baik di Sabah mahupun di Malaysia," nasihat Dr.Jeffrey lagi.
Menurut Dr Jeffrey lagi, "Sebagai salah satu penggerak sebuah organisasi yang besar seperti PKR dan Pakatan Rakyat, penyatuan dalam parti dan perpaduan erat di antara saf kepimpinan dan barisan keahlian harus diberikan penerapan yang utama untuk diperketatkan fahaman multiracial."
"Perlu di ingatkan bahawa kerana system keutamaan penyatuan dan perpaduanlah maka Pakatan Rakyat berjaya menggoyah beberapa negeri yang selama ini menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional. Kerana penyatuan dan perpaduan yang di amalkan oleh seluruh keahlian dan kepimpinan Pakatan Rakyatlah, maka beberapa orang pemimpin-pemimpin ‘gergasi’ UMNO dan Barisan Nasional tumbang ditangan pemimpin-pemimpin yang UMNO/BN anggapkan sebagai kerdil dan tidak bermaya. Begitu besarnya kuasa penyatuan dan perpaduan. Maka untuk mengulangi kegemilangan ini di PRU13 kelak, maka sistem ini harus diteruskan dari masa ke semasa," tegas Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.
Dr Jeffrey juga menyeru Ketua-Ketua Cabang PKR di Sabah untuk memberikan 'sokongan kenyataan' untuk mengutuk sekeras-kerasnya penglibatan APCO di Malaysia kerana APCO mempunyai hubungkait dengan Israel seperti pendedahan ahkbar.
“Sebagai pendokong parti, kita harus memberikan sepenuh sokongan padu kepada Dato’ Seri Anwar yang telah membongkar penglibatan APCO dalam sistem pentadbiran Kerajaan UMNO/BN.”
Selain daripada itu, sebagai tunjang kepimpinan PKR di Sabah, kata Jeffrey, beliau harus memberikan dokongan tidak berbelah bahagi kepada Dato’ Seri Anwar dan keluarganya dalam perjalanan perbicaraan kes fitnah ke-2 beliau.
Ianya memang secara terang dan nyata satu lagi epilog cerita fitnah berdasarkan pemeriksaan awal tiga orang doktor yang telah mengesahkan secara bertulis bahawa Saiful tidak ada kesan diliwat.
Melihatkan bukti ini, kita dapat melihat betapa pemimpin utama kita diberikan tekanan yang amat hebat dan sebagai pendokong setia PKR, kita seharusnya senantiasa berdiri teguh di belakang beliau dan keluarganya.Sabahkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan