BERNAMA | ||
|
Beliau merupakan calon kedua menawarkan diri selepas bekas timbalan pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor VS Chandran mengumumkan bertanding.
"Ramai orang berkaliber di sini...jadi kenapa nak undi calon dari luar seperti calon PKR dari Kelantan," katanya yang berasal dari Felda Sungai Tenggi dan mewakili kira-kira 20,000 pengundi muda di Hulu Selangor.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zainal Abidin Ahmad, pada 25 Mac akibat barah otak.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim telah dipilih sebagai calon PKR manakala Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan calonnya, hari ini.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan calon BN untuk pilihan raya kecil itu pada jam 4 petang ini.
Hari penamaan calon adalah Sabtu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan