Salhan K Ahmad | |||
|
"Beritahu saya apa yang ditakutinya. Beritahu saya, siapa yang beri tekanan kepada dia. Beritahu saya apakah ancaman kepada keselamatan dia.
"Kemudian barulah polis boleh buat apa yang perlu untuk pastikan keselamatannya," katanya ketika bercakap kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
"Dengan kenyataan umum macam itu, bagaimana kita hendak beri jaminan? Hanya (Pornthip) yang tahu apakah ancaman terhadapnya. Beritahu saya hari ini, esok saya akan jamin keselamatan dia," katanya lagi.
Pornthip sebelum ini mendapati, Teoh Beng Hock telah mati dibunuh selepas membuat bedah siasat kedua ke atas mayat pembantu politik tersebut pada 22 Nov lalu atas pelawaan kerajaan Selangor.
Ganguan politikMenurutnya, beliau mendapat maklumat daripada pegawai kerajaan Thailand bahawa rakan sejawatan mereka memberikan "isyarat" kepada kementerian luar Thailand bahawa kedatangan Pornthip tidak dialu-alukan di Malaysia.
Pornthip memberitahu beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.
Pakar patologi berusia 54 tahun itu berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan