Rabu, 14 April 2010

APCO Dibayar Hampir RM80 Juta, Bukan RM28 Juta

TV SELANGOR

KUALA LUMPUR: Angka sebenar yang dibayar kerajaan Umno Barisan Nasional untuk perkhidmatan Apco Worldwide bukan RM28 juta seperti sangkaan ramai selama ini, sebaliknya jumlah hampir RM80 juta, dedah Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

Pada sidang media di lobi Parlimen, beliau menyatakan angka yang disebut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai jumlah bayaran kepada firma yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu, diputar belit.

Beliau mengulas demikian dengan merujuk laporan MalaysianInsider yang mewawancara Nazri berhubung jumlah bayaran kepada APCO dengan menyatakan angka ini: RM28 juta.

Namun, jawapan bertulis dari Jabatan Perdana Menteri kepada Tian Chua pula amat berbeza.

Dalam jawapan bertulis itu, jumlah bayaran kerajaan Umno BN kepada APCO ialah USD 24juta bersamaan RM80 juta dalam nilai ringgit malaysia, sekali gus berbeza dengan angka yang diberi Nazri iaitu RM28 juta.

“Menteri tidak menyatakan kebenaran berkali-kali. Sehingga sekarang, baru kita ada jawapan bertulis dari Jabatan Perdana Menteri. Ini satu perbelanjaan yang besar.

"Bagaimana mereka menilai perkhidmatan APCO Worldwide ini. Bayar hampir kepada RM1 bilion? Mungkin angka lebih lagi.

“Menteri menyatakan RM28 juta dibayar kepada APCO. Saya minta penjelasan dan dapat jawapan bertulis. Dalam jawapan ini, tidak mengandungi program Satu Malaysia, ini hanya APCO.

"Kita dapati ada dua perkhidmatan dibayar untuk perkhidmatan APCO. Satu ialah public affair dan public government affair services. Dan satu lagi ialah strategic communication and public relation and press outreach,” kata Tian Chua.

Kata Tian, Pakatan Rakyat mendesak kerajaan Umno BN menamatkan kontrak APCO Worldwide kerana khuatir dengan pembaziran puluhan juta ringgit sedangkan konsultan tempatan boleh dilantik.

Tiada ulasan: