Sabtu, 29 Disember 2018

Tun Dr Siti Hasmah diumum sebagai Tokoh Srikandi Negara

Rahimah Abdullah, Astro Awani
Tun Dr Siti Hasmah diumum sebagai Tokoh Srikandi Negara
Beliau merupakan tokoh pertama yang menerima anugerah berkenaan - FotoBernama
 
PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali diumumkan sebagai Tokoh Srikandi Negara.

Beliau merupakan tokoh pertama yang menerima anugerah berkenaan.
 
Pengumuman dibuat selepas ucapan penggulungan Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Rina kepada wakil Dr Siti Hasmah, iaitu Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang akan berakhir pada Ahad ini merupakan persidangan pertama bagi sayap-sayap Bersatu iaitu Srikandi dan Armada. 
 
 

Tiada ulasan: