Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa
berkata Tabung Haji melanggar dua syarat pemembayaran hibah (dividen)
sejak 2014.
"TH telah mengisytiharkan hibah sejak 2014 dan ia tidak mengikut akta kerana asetnya kurang daripada liabiliti.
"Hibah hanya boleh dikeluarkan kepada pendeposit bila aset lebih daripada liabiliti tapi yang terjadi adalah sebaliknya. Tapi mereka masih keluarkan hibah," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.
Beliau berkata, melalui penemuan yang didapati selepas akaun TH diaudit, aset kes
eluruhan TH merupakan RM70.3 bilion sedangkan liabiliti tanggungan adalah RM74.4 bilion.
Letak bawah pengawasan Bank Negara
Beliau
juga berkata kerajaan telah memutuskan untuk meletakkan TH di bawah
pengawasan Bank Negara Malaysia untuk masa depan yang lebih terjamin.
Katanya lagi, selain itu ahli lembaga pengarah yang baharu turut mencadangkan penubuhan Special Purpose Vehicle (SPV) bagi memulihkan dan memaksimumkan pemulihan aset TH yang kurang menunjukkan prestasi.
Untuk
rekod, SPV ialah anak syarikat yang dibentuk terpisah tanggungannya
daripada syarikat induk dan dilindungi jika organisasi utama muflis.
Sebelum ini TH membuat dua laporan polis terhadap bekas pengerusi agensi itu yang juga Anggota Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan