Rabu, 26 Disember 2018

Pecat Waytha atau himpunan raksasa Melayu sekali lagi

Wartawan MalaysiaGazette

xMGF18042018_MTR-BANDAR-TUN-RAZAK_06-681x454
Mohd Ali Baharom.
 

KUALA LUMPUR – Pecat segera Waytha Moorthy atau satu lagi himpunan raksasa orang Melayu diadakan pada awal tahun depan.

Presiden Media Tentera Rakyat, Mohd. Ali Baharom berkata, Perdana Menteri kena memecat menteri di Jabatan Perdana Menteri itu secepat mungkin.

“Apa lagi Tun M mahu tunggu? Kemarahan orang Melayu semakin memuncak. Jika tidak satu lagi himpunan raksasa umat Melayu akan dianjurkan mendesak kerajaan pecat Waytha.

“Orang Melayu kini tengah marah. Satu demi satu mereka meluahkan kemarahan dan Tun M perlu mengambilkira perkara ini. Ini bukan soal politik ini soal Melayu dan agama Islam.,” ujarnya yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju kepada Malaysia Gazette hari ini.

Menurut Ali, soal kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim dalam rusuhan kuil di Seafield boleh diterima oleh orang Melayu sebagai takdir.

Namun katanya punca kejadian termasuk kenyataan-kenyataan Waytha yang berbaur perkauman mendorong kepada rusuhan berlaku sehingga asbab kepada kematian Muhammad Adib.- MalaysiaGazette


Tiada ulasan: