Selasa, 25 Disember 2018

Harga petrol: Ahmad Maslan sindir PH ikut idea BN

Mohd Zaini Samsu Hadi
Datuk Seri Ahmad Maslan
Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Maslan menyindir kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana mengambil idea penetapan mekanisme harga petrol.

Menerusi Twitter, ahli Parlimen Pontian itu berkata, kaedah penetapan harga bahan api secara mingguan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan itu mengambil langkah kaedah yang dibuat oleh Barisan Nasional sebelum ini.

“Jika harga bertukar setiap minggu, itu sama dengan kerajaan BN dulu. Tak ada idea lain ke Lim Guan Eng?,” tulisnya menerusi ciapan di laman sosial itu.

Bekas timbalan menteri kewangan itu turut mempersoalkan penurunan harga tanpa subsidi daripada RM1.90 kepada RM1.50 dengan pemberian subsidi.

“Mungkin turun kepada RM1.90 seliter dan dah tiada subsidi. Kenapa tak turunkan kepada RM1.50 dan beri subsidi,” soalnya lagi.

Ahmad berkata demikian merujuk kenyataan Guan Eng semalam apabila kerajaan mahu menyelaraskan harga petrol mengikut kadar pelarasan mingguan bermula 1 Januari 2019.

Kaedah itu mahu digunakan ekoran keadaan pasaran harga minyak dunia yang menurun pada masa ini. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: