Rabu, 26 Disember 2018

57,000 calon tunggu untuk jadi bomba

Bomba menerima kira-kira permohonan 57,000 calon yang menunggu 
untuk dipilih menjalani latihan.

KUALA KUBU BARU: Mereka kerap muncul dalam berita, menangkap ular berbisa di kediaman orang awam, masuk hutan tebal dalam operasi mencari dan menyelamat dan melakukan apa yang terbaik selain memadamkan kebakaran.

Tugas anggota bomba sudah lama dianggap sebagai kurang dihargai, dan mungkin kurang dirai masyarakat berbanding polis dan tentera.

Tetapi kisah hero yang berani seperti Muhammad Adib Mohd Kassim yang kematiannya membuatkan seluruh negara berkabung, mengingatkan kita sekarang dan kemudian hari mengenai usaha mereka yang kita dapatkan ketika dalam kesukaran.

Buat masa ini, terdapat permohonan yang membanggakan bagi pekerjaan itu, dengan kira-kira 57,000 calon menunggu untuk dipilih menjalani latihan.
Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Tengah (ABPM), Md Ali Ismail, berkata apabila seorang anggota maut dalam usaha membantu orang ramai, dia dianggap sebagai hero yang memberi inspirasi kepada orang ramai.

“Kematian ‘fallen heroes’ ini seolah-olah memberi motivasi dan inspirasi kepada orang lain untuk membantu orang ramai. Anggota bomba yang terkorban semasa bertugas memang disanjung tinggi oleh masyarakat,” katanya kepada FMT dalam temu bual baru-baru ini.

Adib meninggal awal minggu lalu akibat kecederaan yang didakwa dilakukan oleh perusuh di luar Kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya.

Ali berkata kematian Adib bukan sahaja menyatukan negara tetapi juga memberi inspirasi kepada masyarakat untuk menyertai Jabatan Bomba dan Penyelamat, yang lebih dikenali sebagai Bomba.

Ali, yang mengetuai akademi latihan utama Bomba di sini, berkata tahun depan, kira-kira 1,100 orang akan menjalani latihan untuk menjadi anggota bomba dan 600 lagi untuk rizab.
Komanda Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Tengah, 
Md Ali Ismail berkata masyarakat terinspirasi dengan kisah hero 
yang terkorban semasa bertugas.
Mereka diambil daripada sekumpulan 57,000 calon yang memohon untuk menjadi anggota bomba kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Mereka akan menjalani ujian ketahanan fizikal terlebih dahulu. Mereka yang berjaya akan dipanggil sekali lagi untuk ujian lisan,” katanya.

Ali berkata jabatan bomba membuktikan dedikasinya kepada perkhidmatan.

Terdapat juga penambahan bilangan pegawai bantuan yang ditugaskan bekerja dengan pegawai tetap di balai bomba kelas D.

Pegawai bantuan bercita-cita menjadi anggota bomba sepenuh masa selepas berkhidmat di jabatan itu.

“Kita mula wujudkan balai bomba kelas D beberapa tahun lepas. Balai kecil dan ‘basic’ untuk menampung operasi memadam kebakaran dan penyelamatan asas.

“Pegawai bantuan tidak dibayar gaji tetapo melalui elaun bertugas,” katanya.

Pada 2018 sahaja, selain Adib, 7 anggota bomba lain terkorban semasa menjalankan tugas mereka.

Mereka termasuk 6 anggota yang lemas pada 3 Oktober lalu selepas mereka terperangkap dalam pusaran air semasa operasi mencari dan menyelamat di sebuah lombong di Puchong.

Pada 16 Mac, anggota bomba, Abu Zarin Hussin, yang dikenali dengan kebolehan menangkap ular dipatuk seekor ular tedung semasa operasi di Bentong.

Tiada ulasan: