Isnin, 16 Mei 2016

Wanita bersalin dalam bas ekspres

 
"Saya mengambil bantal untuk untuk dialaskan di kepalanya dan tidak sampai lima minit wanita itu selamat melahirkan bayi perempuan sambil dibantu beberapa penumpang yang lain."


wanita-bersalin


PETALING JAYA: Seorang bayi perempuan selamat dilahirkan dalam sebuah bas ekspres di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Lanchang di Pahang.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi tadi, seorang penumpang wanita berusia lingkungan 20-an mengadu sakit perut kepada pemandu bas berkenaan, Mohd Zaidi Yusoff, 37.

“Bas itu dalam perjalanan dari Terminal Sentral Kuantan menuju ke Kuala Lumpur jam 7.45 pagi dan sebaik tiba di Lanchang, saya dimaklumkan ada seorang penumpang wanita sakit.

“Saya memberhentikan bas di tepi lebuh raya melihat keadaan wanita berkenaan,” kata pemandu tersebut, lapor Berita Harian.

Wanita berkenaan menaiki bas berkenaan bersama seorang rakannya untuk berjumpa suaminya yang bekerja di Kuala Lumpur.

Tambah pemandu itu lagi, wanita itu juga mengakui sakitnya, sakit mahu bersalin.

“Saya pun mengambil bantal untuk untuk dialaskan di kepalanya dan tidak sampai lima minit wanita itu selamat melahirkan bayi perempuan sambil dibantu beberapa penumpang yang lain,” ujarnya.

Mohd Zaidi kemudiannya meneruskan perjalanan hingga ke hentian Rawat dan Rehat (RnR) Lanchang sebelum ambulans tiba dan membawa ibu serta bayi itu untuk menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.

Tiada ulasan: