Rabu, 11 Mei 2016

Undi kawasan bandar rosak, pengajaran pada DAP, PKR

 
Undi rosak itu dikatakan sebagai protes terhadap DAP dan PKR.


dap-pkr


KUALA LUMPUR: Penganalisis politik berkata undi rosak dalam PRN Sarawak baru-baru ini kebanyakannya dari kawasan bandar.

Pensyarah Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata kajiannya mendapati rakyat di bandar bosan dengan pertelingkahan DAP dan PKR.

Katanya, undi rosak itu dilihat lebih kepada protes terhadap DAP dan PKR.

“Undi rosak ini kita lihat sebagai undi protes.

“Misalnya pertelagahan DAP dan PKR. Mereka rasa tindakan itu wajar mereka buat. Mereka merosakkan undi itu sendiri sebagai jalan selamat,” katanya.

Dr Awang berkata pertembungan kerusi antara PKR dan DAP juga memberi kekuatan kepada BN dalam meraih kemenangan di PRN Sarawak.

“Katanya, pertelagahan pembangkang juga menjadi faktor utama kepada kemenangan BN di Sarawak.

“Rakyat dilihat bosan dan memilih untuk merosakkan undi sebagai pengajaran kepada DAP dan PKR,” katanya.

PRN Sarawak ke-11 menyaksikan pertembungan PKR dengan sekutunya di enam kerusi iaitu Batu Kitang, Mulu, Murum, Mambong, Simanggong dan Ngemah.

BN mencatat kemenangan besar dengan memenangi 72 kerusi daripada 82 kerusi yang ditandingi di PRN itu.

Manakala pembangkang hanya menang 10 kerusi.


Tiada ulasan: