Jumaat, 6 Mei 2016

Siasatan 1MDB: Bekas pegawai BSI berdepan 3 dakwaan tambahan

MALAYSIAKINI




Bekas pegawai BSI Bank dari Switzerland yang beroperasi di Singapura berdepan tiga lagi dakwaan tambahan atas pergerakan dana dari akaun yang dikaitkan dengan dana pelaburan Malaysia, 1MDB, demikian menurut laporan Straits Times Singapura.

Yeo Jiawei telah digambarkan oleh pihak pendakwa sebagai memainkan "peranan berpusat" dalam pergerakan dana dan menyembunyikan transaksi.

Pihak pendakwaan berkata, para penyiasat mengesyaki "sejumlah wang - S$200,000 dan US$200,000 - dipindahkan bagi pihak Yeo" kepada Harry Elias Partnership, firma guaman untuk peguamnya, Philip Fong, "mungkin perolehan berkaitan pelakuan jenayah".

Pegawai bank berusia 33 tahun itu didakwa buat kali pertama pada 16 April ekoran cuba menghalang keadilan, menipu bekas majikan dan penggubalan wang haram, membawa kepada enam dakwaan ke atas beliau.

Menurut Straits Times, tiga dakwaan tambahan itu ialah :


1. Menipu bekas majikan (BSI) pada tahun 2013 dengan menyembunyikan fakta beliau menerima sebahagian yuran dibayar menerusi Bridgerock Investment, firma yang dikawal beliau, kepada Pacific Harbor Holdings, pengurus pelaburan kepada Pacific Harbor Global Growth.

2. Cubaan untuk menghalang keadilan apabila beliau meminta Kevin Swampillai, bekas pengarah perkhidmatan pengurusan kewangan BSI, pada 27 Mac untuk menipu polis yang duit yang dipindahkan oleh Samuel Goh Sze-Wei kepada Bridgerock Investment dan GTB Investment adalah pelaburan Goh.

3. Memindahkan US$500,000 daripada akaun Malayan Banking atas nama Bridgerock Investment pada 14 November 2012 kepada OCBC account atas nama Yishun Aquarium. Jumlah itu dilaporkan mewakili "manfaat daripada penipuan" beliau.

Reman untuk seminggu lagi

Straits Times turut melaporkan bahawa hakim daerah Christopher Goh telah meluluskan permohonan pendakwa untuk mereman Yeo untuk seminggu lagi, tetapi membenarkan beliau mempunyai akses "bersebab" dengan peguamnya, dengan aturan oleh Jabatan Hubungan Komersil.

Tiada ulasan: