Rabu, 4 Mei 2016

PRN Sarawak: Bersih desak Najib, Zahid henti taktik kotor

KEADILAN DAILY

 
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghentikan taktik kotor membeli undi dan amalan rasuah terhadap pengundi.
 
Bersih-2 
 
Dalam kenyataannya semalam, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 menyatakan, taktik tersebut yang dilakukan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak, adalah sama sekali tidak wajar dan melanggar Akta Pilihan Raya.
 
“Akta Kesalahan Pilihan Raya, Seksyen 9, menyebut bahawa pengaruh tidak wajar dan Seksyen 10 (rasuah).
 
“Adalah menjadi satu kesalahan tidak kira siapa yang melakukannya dan siapa yang menerima faedahnya. Mereka mempengaruhi individu melalui rasuah,” tegasnya.
 
Menurut mereka, salah guna kuasa melibatkan Zahid adalah peruntukan RM250 ribu kepada pasukan polis sehari sebelum pengundian awal, termasuk beberapa imbuhan sebanyak RM100 ribu yang akan diberikan pusat ibadat Islam dan Kristian dan lainnya.
 
“Ini termasuk bantuan masing-masing RM500 ribu untuk sekolah di Miri jika calon BN Lee Kim Shin menang di Senadin.
 
“Peruntukan RM70 juta untuk membina jambatan di kampung Long Loma dalam kawasan pilihan raya Telang Usan,” kata mereka.
 
Dalam pada itu, Najib pula telah menjanjikan peruntukan berjumlah RM54.3 juta bagu meluaskan saluaran air dan menaik taraf saluran paip sedia ada termasuk mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Gereja St Jude.
 
 

Tiada ulasan: