Selasa, 17 Mei 2016

Pas Terengganu akan tanding semua kerusi, kata pesuruhjaya negeri

 WARTAWAN MALAYSIA DATELINE
 
 
Pas akan tanding semua kerusi di Terengganu, kata Satiful kepada media selepas majlis dengan Perantau Terengganu di Shah Alam.Pas akan tanding semua kerusi di Terengganu, kata Satiful kepada media selepas majlis dengan Perantau Terengganu di Shah Alam.


Pas Terengganu akan meletakkan calon di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri itu sekiranya berlaku pilihan raya negeri (PRN) atau dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Pesuruhjayanya Satiful Bahri Mamat berkata PAS sudah membuat persediaan bagi menghadapi sama ada PRN atau pilihan raya umum kali ke-14 (PRU-14) akan datang.

“Saya tak kata (ada) pilihan raya kecil, (tapi) kebarangkalian tu ada, jadi kita sebagai Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPNT), kita buat persediaanlah (menghadapi) apa-apa yang berlaku sama ada pilihan raya kecil ataupun apa (PRU-14),” jelasnya.

Buletin Online, media milik Pas Terengganu.Buletin Online, media milik Pas Terengganu.Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Makan Malam Amal anjuran BPPNT dengan kerjasama Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) di Shah Alam kelmarin, lapor Buletin Online, media milik Pas Terengganu.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memberikan ucap utama pada makan malam yang telah berjaya menjual 110 buah meja itu.

Turut hadir ialah anggota Dewan Harian BPPNT dan wakil-wakil rakyat Pas Terengganu.

Sehingga kini, Pas masih mengadakan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR selepas Pakatan Rakyat pecah.

Dalam pilihan raya umum lalu, Pas mengambil keputusan bertanding di tiga kerusi yang diperuntukkan kepada PKR dalam rundingan Pakatan Rakyat.

Calon PKR yang juga Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail menang Dun Bandar dalam pilihan raya lalu manakala calon Pas menang 14 kerusi manakala 17 lagi di menangi oleh calon Umno  dari Barisan Nasional (BN).

Satiful yakin Pas akan  meningkatkan kemenangan dan menambah jumlah kerusi sama ada dalam PRN atau PRU-14 akan datang.

Katanya, pertembungan sebenar sejak dari dahulu dalam politik Terengganu adalah di antara Pas dan Umno.

Oleh kerana itu, Pas bersedia meletakkan calon  untuk 32 DUN dan lapan kawasan Parlimen pada kali ini.

Tiada ulasan: