Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
SHAH ALAM: PAS sudah boleh bersedia untuk PKR tidak lagi menjadi rakan
politiknya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata penganalisis
politik, Prof Madya Dr Salawati Mat Basir.
Pandangannya itu bersandarkan sikap Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri
Azmin Ali yang semakin berani menyindir dan mengugut kepimpinan PAS
secara terang-terangan.
Azmin pada Jumaat dilaporkan menyatakan rasa simpatinya kepada Presiden
PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana 'tidak tahu apa-apa' yang
berlaku dalam parti dan tidak diberikan maklumat yang secukupnya oleh
orang kanannya berhubung rundingan agihan kerusi Pilihan Raya Kecil
(PRK) Sungai Besar, Jun ini.
Azmin juga didedahkan Ketua Penerangan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman
Razali sebagai sah memberi kata dua kepada tiga Exco PAS supaya
meletakkan jawatannya jika parti Islam itu tetap mahu bertanding di
kerusi berkenaan.
"Kalau kita nak berbaik dengan seseorang, kita tak akan ugut dan tak
hina orang yang kita nak berbaik. Kita takkan tuduh orang tu tak tahu
apa-apa pasal parti. Ia mengguris hati. Pada saya, Azmin tak patut cakap
macam itu. Nampaknya dia sudah terlepas cakap.
"Saya nampak mereka cuba untuk bersatu semula demi kejayaan tapi susah
sebab PAS rasa tertekan dan terhina dengan tindakan DAP (bekas rakan
politik) dan PKR sebelum ini," ujar Dr Salawati ketika dihubungi
Antarapos.
PAS, PKR dan DAP sebelum ini mengadakan tahaluf siyasi menerusi Pakatan
Rakyat (PR) pada 2008 yang menyaksikan pembangkang menang besar pada
PRU ke-12.
Gandingan tiga parti itu pada awalnya menggerunkan Umno Barisan
Nasional (BN). Namun ternyata keutuhan gabungan itu hanya bersifat
sementara.
Tidak sampai dua penggal bersama, PAS tidak dijemput untuk menyertai
Pakatan Harapan (PH) selepas parti itu dan DAP putus hubungan hanya
kerana tidak sependapat bersabit isu pelaksanaan hudud di Kelantan.
Namun hubungan politik PAS dan PKR masih berjalan hingga kini demi
memastikan kerajaan negeri pimpinan Azmin di Selangor tidak tumbang.
Mengulas lanjut, Dr Salawati berkata, sikap Azmin yang semakin kritikal kepada PAS bukan sesuatu yang mengejutkan.
"Saya sudah pernah beritahu Azmin adalah ahli politik yang sangat
licik. Azmin akan sentiasa mahu dilihat suci dan mulia di pandangan
orang dan saya rasa dia tak mahu memburukkan situasi walaupun dia telah
beri kata dua kepada (Exco PAS Selangor) tetapi dia menafikan depan
wartawan. Tapi bila PAS sendiri bukak ceria jadi dia tak boleh lari.
"Kita boleh nampak org macam Azmin ini susuah juga sebab dia pentingkan
matlamat politik dan parti. kalau perlu dia bunuh orang lain, dia akan
bunuh. Sebab itu saya kata dia diam, tapi dia tahu bagaimana nak ambil
kesempatan. Kadang-kadang orang lupa dia, tapi di belakang...dia sangat
menjalar," ujarnya.
Dr Salawati dalam pada itu memberitahu, sentimen pengundi Parlimen Sungai Besar masih condong kepada Umno BN.
Justeru katanya, jika Umno BN ingin mempertahankan kerusitersebut parti
itu perlu meletakkan calon yang setanding dengan penyandangnya,
Allahyarham Datuk Noriah Kasnon.
PRK Sungau Besar akan diadakan serentak dengan Parlimen Kuala Kangsar.
Dua PRK ini terpaksa diadakan selepas Noriah dan Datuk Wan Mohammad
Khair-il Wan Ahmad meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, 5
Mei lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan