Jumaat, 20 Mei 2016

Pas akan putuskan nama calon bertanding PRK Ahad ini

MALAYSIA DATELINE
 
 
Datuk Mohd Amar Nik AbdullahDatuk Mohd Amar Nik AbdullahCalon Pas untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah pun dinilai dan disenarai pendek oleh Majlis Syura Ulamak parti itu dan akan diputuskan dalam mesyuarat Pas Pusat pada Ahad ini.

Ini sekali gus mengesahkan Pas telah membuat keputusan untuk bertanding pada dua PRK berkenaan.

Pas menyenaraikan tiga nama calon di Sungai Besar dan tiga nama calon di Kuala KangsarKesemua calon yang tersenarai adalah anak tempatan Sungai Besar dan Kuala Kangsar, mempunyai pelbagai latar belakang yang baik serta berumur antara 40 hingga 60 tahun.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata dipetik berkata, senarai calon sudah ditapis oleh Majlis Syura Ulama.

“Calon sudah ditapis oleh Majlis Syura Ulamak dan akan diputuskan Pas Pusat yang dijangka bermesyuarat 22 Mei ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa kali ke-45 peringkat negeri semalam, lapor Sinar Harian online hari ini.

Ditanya kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru, Mohd Amar berkata, parti itu terpaksa menghadapinya walaupun tetap mengharapkan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

“Keputusan kita (Pas) setakat ini, kita akan bertanding di kedua-dua kawasan. Asasnya, pertama kerana kawasan ini kita telah lama bertanding dan kedua, kita ada akar umbi yang kuat.

“Kalau berlaku tiga penjuru atau empat penjuru, kita terpaksa hadapi dan tengok macam mana. Sebab kita minta parti lain hormati (keputusan Pas bertanding) kerana ini kawasan tradisi (Pas).

“Dalam kerjasama kita dengan parti pembangkang lain, kita banyak bertolak ansur. Dengan DAP dahulu dan dengan PKR, jadi kita minta parti lain pun bertolak ansur dengan kita,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun, manakala penamaan calon 5 Jun dan undi awal pada 14 Jun.

Dua kerusi Parlimen itu kosong setelah ahli parlimennya, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon dan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terlibat dalam nahas helikopter di Sarawak, 5 Mei lalu.

Tiada ulasan: