shahbudindotcom
Seorang
pemimpin UMNO yang baru kembali dari menunaikan umrah memberitahu,
antara doanya di Multazam, satu tempat berhampiran Kaabah yang dianggap
paling makbul untuk memohon sesuatu hajat ialah meminta kepada Tuhan
supaya negara kita segera diberikan pemimpin yang baik dan bebas
daripada segala skandal.
Katanya,
selain meminta beberapa doa lain, tindakannya memohon doa sedemikian
ialah kerana merasakan sudah tiada jalan lagi untuk mengharapkan Najib
berundur daripada jawatannya.
Najib,
katanya, seolah-olah tidak mahu mendengar suara dari dalam dan luar
negara yang menolak dan mengutuknya berkaitan skandal 1MDB serta dana
yang masuk ke akaun peribadinya, meskipun secara lumrahnya, jika di
negara lain, mereka sudah pasti mengundurkan diri kerana tidak mahu
terus-terusan mengorbankan rakyat dan negara.
Hanya
dengan berdoa kepada Tuhan, ia merupakan usaha terakhir yang saya mampu
lakukan untuk kepentingan negara sambil berharap doa saya akan
dimakbulkan, kata pemimpin tersebut yang kemudian menunjukkan bulu roma
di tangannya yang sedang tegak berdiri.
Sememangnya,
Najib boleh dianggap mencipta sejarah yang tersendiri buat negara dan
dirinya. Sepanjang masa, di seluruh dunia ada saja berita-berita buruk
disiarkan mengenai dirinya melalui pelbagai saluran media.
Kadang-kadang,
sepertimana yang dilakukan oleh Chanel 4, sebuah saluran TV di United
Kingdom, berita mengenai dakwaan rasuah melibatkan Najib itu sengaja
disiarkan ketika kunjungan rasmi Perdana Menteri ke London baru-baru
ini.
Ia
disiarkan seolah-olah sebagai bantahan atau protes terhadap lawatan
rasmi Najib, pemimpin yang dianggap paling tercemar di dunia ketika ini.
Tidak
ada mana-mana pemimpin lain, sama ada di dunia sebelah Asia, Afrika,
Amerika Latin dan sebagainya yang paling menjadi fokus media
antarabangsa sekarang ini melainkan Najib.
Tetapi,
di sebalik berita silih berganti dan pelbagai pendedahan baru mengenai
dirinya, Najib masih lagi selamba saja menghadapi semua itu seolah-olah
sedikit pun tiada perasaan malu dalam dirinya.
Beliau
tetap mempamerkan wajah tidak bersalahnya, walaupun dalam masa yang
sama semua orang juga tahu bahawa banyak media antarabangsa tidak
dilayannya, malah diusir keluar hanya kerana bertanyakan soalan
kepadanya.
Sesungguhnya,
ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Berbeza dengan Tun Mahathir yang
tidak pernah lari daripada menjawab soalan, bahkan tidak pernah menolak
sesiapa untuk bertanyakan soalan kepadanya.
Sebab
itu, bagaimana sekali pun orang marah dan menolak Tun Mahathir, tetapi
kerana sumbangan dan jasanya juga tak ternilai, tidak pernah kedengaran
ada sesiapa sampai sanggup berdoa di depan Kaabah di sebalik dalam masa
yang sama terus memberikan kepada UMNO dan pemimpin-pemimpin yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan