Sabtu, 7 Mei 2016

Mayat keempat dipercayai mangsa nahas helikopter ditemui

MALAYSIAKINI


LIHAT VIDEO DI SINI


Mayat keempat yang dipercayai mangsa nahas helikopter telah ditemui, demikian menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Muhammad Sabtu Osman.

Menurutnya lagi, mayat ketiga disahkan sebagai Ahmad Sobri Harun, pengawal peribadi Timbalan Menteri Datuk Noriah Kasnon.

Sebelum ini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat ketiga yang dipercayai mangsa nahas helikopter.

Bernama sebelum ini memetik Muhammad Sabtu Osman sebagai berkata pasukan penyelamat sedang cuba mengeluarkan jasad itu menggunakan kaedah 'airlift' dari Sungai Batang Lupar.

Bernama juga melaporkan penemuan itu disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang berkata jasad tersebut dikesan di tengah-tengah Sungai Batang Lupar pada 12.04 tengah hari.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan jasad kedua yang ditemui pada jam 8.31 pagi tadi adalah Ketua Setiausaha, Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai.



Sebelum ini, Bernama melaporkan pasukan SAR telah menerui jasad kedua pada jam 8.31 pagi tadi, 10km dari Pusat SAR di Lingga, kira-kira 250km dari Kuching.

Sehingga ini tiga jasad nahas itu telah ditemui selepas jenazah mangsa pertama tragedi terbabit iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dijumpai di tebing Sungai Batang Lupar berhampiran Sebuyau, kira-kira 30km dari Lingga, tengah hari semalam.

Penumpang lain yang berada di dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai dan suami Noriah, Asmuni Abdullah.



Anggota Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan pegawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri turut menaiki helikopter yang dikemudi juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu dalam penerbangan dari Betong pada 4.12 petang Khamis menghala ke Kuching sebelum terputus hubungan dan hilang dari radar.

Beberapa serpihan pesawat itu ditemui dekat Sungai Batang Lupar berhampiran Sebuyau semalam.


Tiada ulasan: