MALAYSIA DATELINE
Sadiq Aman Khan dilantik datuk bandar pertama kota London apabila
calon parti Buruh itu memperoleh 1,310,143 undi manakala lawannya dari
parti Konservatif, Zac Goldsmith memperoleh 994,614 undi.
Kemenangan tersebut diistiharkan Pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn
meskipun parti pembangkang itu kalah di beberapa tempat di Britain.
Corbyn menerusi akaun Twitternya semalam turut mengucapkan penghargaan terhadap Sadiq Khan.
"Tahniah Sadiq Khan. Tidak sabar lagi bekerja dengan anda untuk
menjadikan London kota yang adil untuk semua," katanya seperti yang
dipetik menerusi Tweetnya.
Sadiq Khan hanyalah anak seorang pemandu bas yang berhijrah dari
Pakistan pada tahun 1960-an menentang Goldsmith, yang merupakan seorang
jutawan di London.
Sadiq Khan dalam ucapan ringkasnya melahirkan rasa bangga terhadap rakyat London yang memilih beliau sebagai datuk bandar.
"Saya gembira rakyat (di London) memilih harapan berbanding
ketakutan. Mereka memilih penyatuan dan menolak sengketa," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan