Jumaat, 6 Mei 2016

Kronologi helikopter terhempas di Sarawak sejak 2011

BERNAMA




Dua kejadian helikopter terhempas berlaku di Sarawak sejak lima tahun lalu termasuk satu kejadian yang berlaku pada musim Pilihan Raya Negeri ke-10 pada tahun 2011.

Berikut kronologi kedua-dua kejadian itu:

11 April 2011:

Sebuah helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu menyebabkan Kapten Sahimi Ghazali, 38, terkorban.

Nahas terjadi setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru pulang daripada melakukan tinjauan mesra di Bintangor.

Peristiwa berlaku lima hari sebelum PRN-10 pada 16 April 2011.

20 Julai 2012:

Helikopter jenis Eurocopter EC 120 milik sebuah syarikat swasta berpangkalan di Sarawak, yang tidak didaftarkan di Malaysia, terhempas di Muara Sungai Lingga, Sri Aman disebabkan cuaca buruk.

Kejadian mengorbankan seorang jurutera Peter Ato Mayo, 53, arkitek Henry Loh, 42 dan seorang juruukur Siti Khuzaimah Anuar, 27, manakala juruterbang, Rico Steiger, 35, seorang warga Jerman, terselamat.- Bernama


Tiada ulasan: