Selasa, 3 Mei 2016

[KEMASKINI] Pengundian awal pilihan raya Sarawak selesai 5 petang

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUCHING:  Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN11) selesai jam 5 petang ini.
 
Kertas undi bagi pengundi awal hanya akan dikira mulai jam 4 petang pada hari pengundian biasa (7 Mei) yang dilaksanakan secara berkelompok di tempat pengiraan undi yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 
 
Bilangan keluar mengundi untuk pengundian awal Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) direkodkan setakat jam 3 petang tadi adalah 69 peratus, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 
Dalam satu kenyataan ringkas, SPR turut memaklumkan 33 Pusat Mengundi Awal sudah pun ditutup tepat jam 2 petang tadi. Sebanyak 46 Pusat Mengundi Awal yang lain masih dibuka sehingga jam 5 petang ini. 
 
Peratusan keluar mengundi untuk pengundian awal Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) direkodkan setakat jam 12 tengah hari adalah 49 peratus, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 
 
Sebanyak 31 peratus daripada 24,604 pengundi awal berdaftar bagi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak sudah membuang undi setakat 11 pagi tadi.
 
Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, proses pengundian di 79 pusat pengundian di seluruh negeri ini juga berjalan lancar.
 
 
“Cuaca amat elok pada hari ini, manakala semangat pengundi juga dilihat tinggi apabila pengundi terdiri daripada anggota pasukan keselamatan seperti tentera bersama pasangan sanggup membawa anak-anak kecil untuk datang menunaikan tanggungjawab di pusat pengundian.
 
“Antaranya, ada pasangan yang membawa bayi baru berusia seminggu untuk datang mengundi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan ke pusat pengundian awal di Dewan Bukavu, Kem Penrissen di sini hari ini. 
 
 
 

Tiada ulasan: