shahbudindotcom
Putera
Sultan Abdulaziz, anak Raja Arab Saudi yang memerintah sekarang iaitu
Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Menteri Pelancongan Arab Saudi
berkata, beliau tidak boleh mengulas secara spesifik berkaitan derma
RM2,600 juta yang diterima oleh Najib Razak sebelum pilihanraya 2013
lalu.
Najib
mengatakan wang yang diterimanya adalah derma politik daripada keluarga
Diraja Arab Saudi dan ia kemudian turut disahkan oleh Peguam Negara,
Apandi Ali.
"Saya benar-benar tidak tahu latar belakang isu ini, bukan saya mahu mengelak tetapi saya benar-benar tidak ada latar belakang.
"Ini
isu dalaman Malaysia dan saya pasti anda akan selesaikannya," kata
beliau ketika bercakap dengan media yang turut dihadiri oleh Nazri Aziz,
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.
Sebagai
analogi mudah, katalah pihak yang berkaitan dengan Istana atau kerajaan
Malaysia telah heboh diperkatakan di seluruh dunia memberikan derma
dan jika derma itu memang benar-benar sebagai derma, apakah mungkin
menteri negara kita sanggup memberikan reaksi seperti di atas?
Tidakkah derma itu sepatutnya sesuatu yang mudah untuk diakui, kalau pun tidak mahu membanggakannya?
Cuma perlu katakan ya atau tidak saja.
Kenapa
menterinya yang juga merupakan salah seorang anak Raja Arab Saudi boleh
mengatakan beliau tiada latar belakang mengenai derma itu sambil
tergamak menyebut ia adalah isu dalaman Malaysia?
Mengapa beliau tak mahu mengakui wujudnya derma tersebut jika ia benar-benar sebagai derma?
Lagi pula jumlahnya bukan RM2.60 sen yang menyebabkan ia malu untuk diakui secara terbuka, tetapi RM2,600 juta.
Pening lagi Najib dibuatnya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan