Ahad, 8 Mei 2016

BN menang dalam duka

MALAYSIAKINI




Kemenangan BN dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini disambut dalam kesedihan.

Ini berikutan nahas yang menimpa allhayarham Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan lima yang lain.

“Tugas kita akan bermula selepas ini, namun dengan kemeriahan ini, saya bersalah kalau saya tidak sebut tentu disulami dengan perasaan kesedihan kerana kita telah kehilangan rakan-rakan kita dalam tragedi nahas helikopter

“Selepas ini saya akan berkejar ke hospital untuk bertemu dengan keluarga-keluarga mangsa nahas helikopter,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

Selain Noriah, turut menaiki helikopter sama ialah suaminya Asmuni Abdullah dan anggota parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Turut menaiki helikopter tersebut juga ialah ketua setiausaha kementerian itu Datuk Dr Sundaran Annamalai dan pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun.

Juruterbangnya ialah warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.


Tiada ulasan: