shahbudindotcom
Sekali
lagi, angkara Najib Razak, rakyat Malaysia yang tinggal di London
tentunya berasa malu dengan jiran tetangga, kenalan atau rakan-rakan
mereka di sana.
Setelah
banyak media antarabangsa seperti WSJ, ABC News, New York Times,
Whashington Post, Sarawak Report dan sebagainya membuat laporan ke
seluruh dunia mengenai dakwaan rasuah melihatkan Najib, kini Chanel 4,
sebuah stesen penyiar di UK pula berbuat demikian.
Lebih
memalukan lagi kerana penyiaran itu dilakukan ketika Najib sendiri
sedang melakukan lawatan rasminya ke London dan berucap dalam sebuah
majlis berkenaan pelaburan di sana.
Kecuali
golongan pemakan dedak yang "kemaluannya tetap kecil" dengan
penyiaran-penyiaran berita seumpama itu, mereka yang lain tentu saja
terasa seperti diaibkan maruah dan harga diri sebagai rakyat Malaysia
yang selama ini dihormati, disanjung dan dinilai tinggi intergritinya.
Hanya
di zaman Najib "kemaluan demi kemaluan" rakyat Malaysia di dalam dan
luar negara "dibesarkan" silih berganti dan bagaikan tiada titik
hentinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan