Sabtu, 7 Mei 2016

Bersaudara, mood pesta warnai PRN Sarawak


ARIF ATAN
 
 
Pilihan raya paling bersejarah menyaksikan Amanah sedia bertempur dengan Pas di lima kerusi DunPilihan raya paling bersejarah menyaksikan Amanah sedia bertempur dengan Pas di lima kerusi Dun


Suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak hari ini berlangsung aman dengan orang ramai keluar mengundi mulai jam 8 pagi tadi.

Paling meriah, di pusat pengundian SK Haji Kelali di Kampung Semera yang mempunyai 2,270 pemilih berdaftar.
Pengundi, Rasimah Bujang ketika ditemui berkata, pilihan raya adalah pesta yang dinantikan ramai pihak.

BN melalui PBB Amanah dan Pas saling berebut pengaruh di kawasan perkampungan Melayu SarawakBN melalui PBB Amanah dan Pas saling berebut pengaruh di kawasan perkampungan Melayu Sarawak"Kami di sini saling mengenali. Bahkan, kami sama sekampung juga ada talian persaudaraan," ujar ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu.
Ditanya tentang jika adanya sokongan kepada parti politik yang berbeza, beliau berkata, hal itu tidak menjadi masalah kerana mereka mengamalkan sikap terbuka.

"Kalau musim pilihan raya, dalam satu rumah kita boleh letak semua bendera parti. BN, Amanah, Pas kita letak sebaris.

"Tak jadi masalah besar sebab kami tahu majoritinya akan pangkah dacing (BN) di kertas undi nanti," kata penduduk Kampung Semera Masjid itu lagi.

Sementara itu,  Adnan Suhaili, 50, berkata, majoriti rakyat di Sarawak tidak taksub pada mana-mana parti politik.
Adnan SuhailiAdnan Suhaili
Berkongsikan pengalamannya sendiri, bekas ahli Pas itu memberitahu beliau telah membuat keputusan untuk menjadi ahli PBB pada tahun ini serta berkempen untuk parti tulang belakang BN Sarawak itu.

"Tahun 2006 dulu saya bawa masuk Pas ke kampung tapi sekarang saya sudah menyokong PBB," ujar bapa kepada empat anak itu lagi.

Di pusat pengundian lain, tinjauan mendapati kehadiran pengundi tidak semeriah di SK Haji Kelali.

Di SJK Chung Hua, Jemukan yang mempunyai kira-kira 300 pemilih yang kesemuanya Cina, hanya 70 orang telah membuang undi setakat jam 10 pagi tadi.

Sumber memberitahu, lebih ramai pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka tengah hari ini.
Untuk rekod, calon Amanah, Ustaz Othman Mustafa menentang penyandang BN, Ir Aidel Lariwoo serta calon Pas, Cikgu Asan Singkro. 

Tinjauan selanjutnya di Dun Muara Tuang menyaksikan perang bendera dan poster calon antara parti bertanding dikuasai Pas dan BN.Rasimah BuangRasimah Buang 

Bendera Amanah dan poster calon parti yang lahir dari Pas itu hanya dipacakkan di simpang jalan utama seperti dapat dilihat di Kampung Empila dan Kampung Tanjung Tuang.

Dalam hal berkaitan, Pas dalam kempen terakhir di Dun Sebuyau malam tadi menawarkan motosikal sebagai hadiah cabutan bertuah.

Tawaran lumayan itu selain kempen Pas besar-besaran melalui bendera dan poster  calon mereka serta kerahan kontijen negeri menyaksikan Pas melakukan pelaburan besar bagi PRN ke-11 kali ini.


Tiada ulasan: