Selasa, 17 Mei 2016

ADUN PAS di Kedah masih setia bersama parti - Tuan Ibrahim

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic


SHAH ALAM: PAS hari ini menafikan dakwaan dua ADUNnya di Kedah bakal menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sehingga kini pihaknya tidak ada menerima laporan mengenai perkara tersebut.

Malah beliau yakin kesemua ADUN PAS di Kedah masih setia dengan parti Islam itu.

"Hingga setakat ni saya tak ada terima maklumatlah, setahu kita tidak berlaku. ADUN-ADUN tu di samping menang wakili PAS, mereka juga terikat dengan baiah.

"Setiap ADUN kena ingat kita bukan saja untuk seketika di sini saja, baiah kita mengikat kita. Sama ada kita nak melanggar bererti kita bersedia terima apa yang kita uacpkan.

"Bagi saya, saya yakin ADUN-ADUN kita di Kedah masih kekal bersama PAS," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Sebuah portal berita memetik Timbalan Pengerusi PAN Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi sebagai berkata, dua ADUN Kedah itu ialah ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dan juga ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah yang bakal menyertai PAN.

Tetapi Phahrolrazi berkata, kedua-duanya masih belum membuat keputusan muktamad untuk melompat parti.

Sekiranya perkara itu berlaku, Phahrolrazi tidak menolak ia akan memberi kesan kepada PAS Kedah

Tiada ulasan: