Isnin, 4 Januari 2016

Yana Samsudin buka perniagaan tudung di ‘World Muslim Fashion City’

OLEH : NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM,: Selain ingin menjadi insan lebih baik, pelakon, Yana Samsudin bertekad menjadikan kehidupannya ke arah lebih positif meliputi semua aspek termasuk dalam kariernya sebagai artis dan ahli perniagaan.

Kata Yana selain memilih hanya watak yang sesuai dengan imejnya sebagai wanita berhijab, dibidang pernigaan pula, beliau bakal mengembangkan perniagaan tudungnya di Shah Alam.

YANAIa bertepatan masanya ketika Kerajaan Selangor merancang menjadikan Shah Alam sebagai ‘World Muslim Fashion City’ seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2016 Selangor.

“Pada 2016 saya nak berubah jadi manusia lebih baik sama ada diri saya sendiri atau kerjaya saya. Alhamdullilah pada 2015 saya berjaya mencambahkan karier seni, berlakon, pengacara, pengarah dan saya baru sahaja menceburkan diri dalam perniagaan tudung, ‎berjenama aYanabyYanaSamsudin‬. Jadi pada pada 2016 saya nak kembangkan perniagaan saya.

“Pada Januari nanti butik saya akan siap di Seksyen 7 Shah Alam. Sebelum ini saya hanya ada stokis yang kita jual online di facebook dan instagram sahaja tetapi pembukaan fizikal butik di Seksyen 7 itu nanti memang menjadi impian saya. Saya jangka akan boleh beroperasi dan dilancarkan pada Februari nanti,” kata Yana kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas menjayakan persembahan program Santai GeMS (Generasi Idaman Selangor) Ambang Tahun 2016 di Dataran Kemerdekaan di sini.

Jelas Yana, ketika ini tudung berjenama aYanabyYanaSamsudin boleh didapati melalui pembelian secara online di facebook dan instagram menerusi 48 stokis di seluruh negara, Brunei dan Singapura.

Ketika mengulas aktiviti seninya pada 2016, Yana memberitahu sebuah filem seram lakonan beliau berjodol ‘Happy Birthdeath’ bakal diterbitkan pada tahun ini.

Selain filem ‘Happy Birthdeath’ Yana juga sedia menerima tawaran lain yang bersesuaian dengan imej beliau sebagai wanita muslim yang berhijab.  EZY


Tiada ulasan: