Rabu, 27 Januari 2016

Tun M ramal SPRM gagal ketepi keputusan Peguam Negara

 
Rayuan yang akan dibuat SPRM itu mustahil untuk berjaya kerana mana-mana pihak yang membuat tindakan itu akan ditahan di mahkamah.


Mahathir_apandi-ali_sprm_600


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan gagal mengetepikan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menutup kes skandal dana RM2.6 bilion serta SRC International.


Beliau berkata, rayuan itu mustahil dilakukan kerana mana-mana pihak yang membuat laporan akan ditahan di mahkamah berdasarkan kes-kes sebelum ini.

“Saya rasa dia (Apandi) percaya yang SPRM berada di bawah Peguam Negara.

“Siapa yang melaporkannya akan ditahan di mahkamah kerana membuat laporan,” katanya kepada pemberita di Yayasan Perdana Putrajaya di sini hari ini.

Terdahulu, SPRM akan merujuk keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali kepada Panel Penilaian Operasi (PPO).

Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan hari ini, susulan arahan Peguam Negara mengarahkan badan itu menutup kertas kes SRC International dan dana RM2.6 bilion yang dimasukan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.

The Star pula melaporkan Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin sebagai berkata beliau menganggap kes berkenaan sebagai “straightforward” (tidak kompleks) dan “berkemungkinan besar” SPRM akan merayu terhadap keputusan Peguam Negara menutup kes dana RM2.6 bilion serta SRC International.

Tiada ulasan: