SM AMIN
Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata sekiranya Adun-adun Umno
mempunyai majoriti, mereka perlu lakukan mengikut peraturan. Foto fail
TRP
KUALA LUMPUR, Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah perlu memanggil sidang khas bagi membolehkan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilakukan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan
Azizah Wan Ismail berkata sekiranya Adun-adun Umno mempunyai majoriti,
mereka perlu lakukan mengikut peraturan.
“Pendirian kita adalah Dun Kedah
sepatutnya mengadakan satu sesi khas untuk membuat undi tidak percaya
kalau tidak percaya kepada Menteri Besar Mukhriz Mahathir.
“Untuk Dewan mereka, kami rasa mereka perlu buat begitu mengikut peruntukan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyurat Majlis Pakatan Harapan di Parlimen di sini.
Ditanya mengenai Pakatan Harapan akan
mengambil bahagian dalam undian tersebut, Dr. Wan Azizah berkata
pihaknya hanya akan memikirkan soal kepentingan rakyat.
“Ini adalah kerana pergaduhan dalaman. Kita tak mahu rakyat rugi. Ini bukan kisah siapa juara,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan