Selasa, 12 Januari 2016

Rohani: Susu ibu terbaik tapi jangan ambil selfie

Kow Gah Chie


 


Adalah tidak sesuai dan wajar bagi pengguna internet memuat naik gambar mereka yang menyusukan anak ke Facebook kerana ia akan mengundang kritikan, kata Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Menurutnya, warga maya perlu ingat mengenai kesopanan dan nilai-nilai masyarakat.

Katanya, tindakan berbuat demikian akan menjadikan mereka sebagai mangsa walaupun ia adalah untuk tujuan peribadi, kata Rohani pada sidang media di Cyberjaya hari ini.

Beliau mengulas mengenai sekeping gambar selfie seorang ibu yang menyusukan anaknya ketika berada di dalam kereta yang kemudiannya menjadi viral dan menerima cemohan sesetengah pihak di Facebook sejak Isnin lalu.

"Gambar itu dimuat naik untuk tujuan peribadi. Kita perlu berhati-hati...," katanya.

Rohani bagaimanapun berkata kementeriannya menggalakkan penyusuan susu ibu sebagai yang terbaik untuk bayi dan juga akan membantu menyelesaikan kos sara hidup yang meningkat.

"Susu ibu adalah yang terbaik," katanya.



Tiada ulasan: