Ahad, 10 Januari 2016

Qu Puteh turunkan harga produk kecantikannya

 
Langkah diambil kerana kos sara hidup tinggi dalam kalangan pelanggan Vida Beauty Sdn Bhd.


Datuk Seri Hasmiza Othman


PETALING JAYA: Pengusaha produk kecantikan popular, Datuk Seri Hasmiza Othman mengurangkan harga bagi memberi peluang kepada masyarakat membeli produknya.

Hasmiza atau Datuk Vida dalam wawancaranya bersama Malaysiakini dilaporkan sebagai berkata, tindakan itu diambil kerana situasi ekonomi tidak menentu, yang mana menyebabkan pendapatan orang ramai kurang memberangsangkan.

“Saya tahu ekonomi, kos semakin meninggi. Sebab itu saya turunkan harga Qu Puteh daripada RM268 menjadi RM168.

“Tak apalah saya kurangkan sikit kos iklan saya. Saya bagi pada anda,” katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Datuk Vida kepada Malaysiakini.

Beliau dilaporkan menurunkan harga produknya yang sebelum ini berharga RM268 kepada RM168.

Datuk Vida mencuri tumpuan umum apabila dilantik sebagai Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) baru-baru ini.

Ia susulan tawaran tajaannya kepada KAFA yang turut disertakan syarat yang disifatkan pelik iaitu mahu seluruh Stadium Sultan Muhammad IV dicat warna merah jambu dan nama pasukan The Red Warriors (TRW) ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors

Tiada ulasan: