Ahad, 10 Januari 2016

Potong yuran untuk kurangkan sengsara mahasiswa

 
Masyarakat digesa ambil serius kesusahan pelajar universiti akibat kenaikan kos sara hidup.


Azzan,kpt


PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) perlu memberikan potongan yuran sebanyak 80% hingga 100% kepada mahasiswa daripada golongan berpendapatan rendah.

Saranan itu dibuat oleh Kesatuan Mahasiswa Malaysia (KESATUAN) berikutan pelbagai laporan mengenai kesusahan hidup mahasiswa di kampus yang diuar-uarkan sejak kebelakangan ini.

Pengerusinya, Azzan Aznan Abdul Rahim, berkata KPT juga harus menyenaraikan jumlah mahasiswa seluruh negara yang datang daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah di bawah RM3,000.

“Kategorikan mereka mengikut universiti dan tujuan penggumpulan data ini adalah untuk memudahkan proses bantuan dan penyampaian inisiatif.

“Selain itu, pentadbiran universiti juga diminta membuka peluang pekerjaan kepada mereka ketika kumpulan pelajar ini belajar di universiti berkenaan,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Azzan Aznan berkata, mahasiswa tidak berkemampuan perlu tampil memberitahu masalah kepada pentadbiran universiti atau Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Beliau berkata, masyarakat digesa mengambil serius akan kesusahan mahasiswa akibat kenaikan kos sara hidup yang membelenggu negara.

Baru-baru ini, sebuah akhbar harian tempatan melaporkan bahawa seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pengsan di dalam kelas akibat tidak makan selama dua hari kerana tidak berduit

Tiada ulasan: