Ahad, 10 Januari 2016

Peringatan belanja berhemah: Apa kata netizen

 
Netizen memberi pelbagai reaksi terhadap peringatan Perdana Menteri agar menteri berbelanja secara berhemah 


Najib


PETALING JAYA : Laman sosial Datuk Seri Najib Tun Razak dihujani pelbagai reaksi pengguna laman sosial atau netizen susulan peringatan Perdana Menteri kepada anggota Kabinet supaya membelanjakan peruntukan kerajaan secara berhemah.

Pemilik akaun Facebook, Abdullah Ahmad mencadangkan kepada Perdana Menteri agar memberikan tumpuan yang lebih kepada kos sara hidup rakyat yang berpendapatan rendah dalam semakan Bajet 2016 nanti.

“Saya ingin mencadangkan kepada Dato Seri supaya dalam semakan Bajet 2016 nanti perlu beri lebih tumpuan kepada kos hidup rakyat berpendapatan rendah..contohnya memberi BR1M sebanyak RM500 sebulan dan RM500 sebulan kepada pekebun kecil getah..,” katanya.

Jeff Aldean pula menyarankan Perdana Menteri menubuhkan suruhanjaya dan agensi-agensi kerajaan yang baharu untuk menggelakkan pembaziran.

Shirley Yusof pula turut menyambut baik kenyataan Perdana Menteri dan dia turut menyarankan agar kesemua menteri-menteri digerakkan untuk turun padang bagi mendalami masalah rakyat di kawasan mereka.

Bagaimanapun, peringatan Perdana Menteri itu menerima lebih banyak komen-komen negatif.

King’s Roy memberikan komen “Dato….saya sebagai rakyat marhaen ingin memohon pertolongan Dato supaya menasihatkan isteri Dato agar berjimat cermat dan berhemah apabila berbelanja…”.

Muhammad Farid Wajdi turut memberikan komen dan mempersoalkan ke mana hilangnya kebanyakan subsidi.

“Mana hilang kebanyakan subsidi? Mana 2.6 billion?nothing to hide,” katanya.

Syed Husin Ali menerusi Twitter pula berkata, Najib seharusnya memberikan nasihat kepada dirinya dan beramal.

“@NajibRazak hahaha!Najib tweet dia nasihat para menteri supaya berbelanja secara berkhemah. Beliau perlu beri nasihat sama kepada dirinya dan amal,” tweetnya.

Tiada ulasan: