Khamis, 7 Januari 2016

Otai Reformis anjur Himpunan Selamatkan Malaysia-Bebas Anwar 3 April

Oleh Nadia Hanafi


PETALING JAYA : Otai Reformis mengumumkan dua acara besar pada April nanti sebagai kemuncak kepada kempen sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim yang akan dicalonkan dalam Anugerah Tokoh Keamanan Nobel 2016.

Menurut Pengerusi Otai Reformis, Saari Sungib, mereka akan mengadakan Himpunan Selamatkan Malaysia-Bebas Anwar-Bebaskan Rakyat-Hentikan Kezaliman secara besar-besaran pada 3 April.
Saari berkata, himpunan yang akan bermula pada 2 petang itu menjangkakan 100,000 rakyat akan turut serta.

saari“Dijangkakan 100,000 rakyat akan berhimpun di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada hari itu,” katanya pada sidang media Otai Reformis bersama beberapa NGO berhubung pencalonan Anwar dan kempen mereka untuk anugerah tersebut.

Hadiah Keamanan Dunia akan dianugerahkan pada Oktober nanti dan diadakan setiap tahun di Oslo, ibu negara Norway dan ini merupakan pencalonan kedua untuk Anwar.

Sebelum itu, aktivis reformasi juga akan mengadakan Konvensyen Rakyat di Shah Alam pada 2 April dan menjangkakan seramai 1,000 aktivis serta pemimpin reformasi dan NGO akan menyertai konvesyen ini.

Menurut Saari, konvesyen ini akan menyaksikan tokoh-tokoh reformasi daripada Indonesia, Filipina, Myanmmar, Timor Leste dan Tunisia, yang akan berkongsi pahit maung perjuangan mereka sehingga akhirnya kemenangan dan kuasa yang adil kembali kepada rakyat.

“Kedua-dua acara ini akan melibatkan para aktivis Reformasi dan NGO yang mengambil peranan masing-masing.

“Sebuah jawatankuasa juga akan dibentuk dan pengerusi jawatankuasa akan ditetapkan bersama,” jelas Saari.

Tiada ulasan: