Selasa, 12 Januari 2016

Ibrahim Ali tak tidur 50 jam kerana DAP

 
Beliau tidak dapat terima DAP bukan parti anti Melayu dan Islam


ibrahim-ali,DAP


KUALA LUMPUR : Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) menggesa orang Melayu dan Bumiputera tidak tertipu dengan strategi DAP yang mengaku parti itu bukan anti-Melayu dan Islam.

Hakikatnya, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata, apabila wujudnya isu berhubung Islam dan Melayu, parti itu seringkali mempertikai dan mempersoalkannya.

Beliau berkata, sebagai contoh dalam aspek ekonomi, DAP mempersoalkan berhubung Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan menyusun semula masyarakat Melayu.

“Baru-baru ini juga mereka menyatakan mereka bukan parti anti Melayu dan Islam. Kenyataan itu bukan baharu.

“DAP juga mengulanginya semasa Persidangan Pakatan Harapan. Mereka juga berjanji mempertahankan Islam, Bahasa Malaysia, kedaulatan Raja-raja Melayu dan hak keistimewaan Melayu

“Kenyataan mereka itu menyebabkan saya terkejut, saya tak boleh tidur 50 jam,” katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat Perkasa di sini, hari ini.

Ibrahim yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau secara peribadinya akan menolak parti tersebut.

Katanya, dari segi keanggotaan kepimpinan Jawatankuasa Pusat DAP, juga tidak melambangkan apa yang diperkatakan oleh parti itu.

“Mereka menyatakan bukan parti perkauman (tetapi) semua jawatan penting dalam DAP adalah Cina,” katanya sambil menegaskan, tidak sampai 30 peratus orang Melayu diletakkan dalam kepimpinan parti tersebut.

Tiada ulasan: