KUALA LUMPUR,  Dana `derma’ RM2.6 bilion dari keluarga diraja Arab Saudi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertujuan membantunya memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, dakwa sumber dari Arab Saudi.


“Tujuan sumbangan itu adalah mudah, untuk membantu Najib dan gabungannya memenangi pilihan raya, menggaji pasukan komunikasi strategik dengan pengalaman antarabangsa, memberi tumpuan kepada wilayah Sarawak, dan membiayai program-program sosial menerusi kempen parti,” dakwa sumber itu, mengikut BBC laporan hari ini.

Dilaporkan bahawa sumber yang enggan namanya disiarkan itu, berkata sebab utama mengapa Arab Saudi mengambil berat mengenai pilihan raya di Malaysia kerana mereka bimbangkan kuasa yang semakin meningkat kumpulan pengganas yang dipanggil Ikhwan Muslimin.

“Sumbangan itu dibuat di tengah-tengah kebimbangan di Riyadh mengenai pengaruh Ikhwanul Muslimin,” tulisnya sambil mendakwa bahawa pada masa itu, pengasas parti-parti pembangkang di Malaysia termasuk Pas diinspirasikan kumpulan pengganas.

Bagaimanapun, menurut laporan, tidak banyak bukti bahawa kumpulan itu sebenarnya mempunyai banyak sokongan di Malaysia.

Turut dilaporkan bahawa ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi keluarga diraja Arab memberikan wang mereka sebagai derma peribadi sambil menambah bahawa Jordan, Maghribi, Mesir dan Sudan juga mendapat manfaat dari Arab.

“Tiada apa yang luar biasa mengenai sumbangan ini kepada Malaysia. Ia sangat serupa bagaimana Arab Saudi beroperasi di beberapa buah negara.

“Jordan mendapat kelebihan lebih daripada $1bilion dalam pembiayaan pembangunan negara Arab Saudi, manakala Riyadh didepositkan lebih daripada $1 bilion di bank pusat Sudan dan telah menandatangani perjanjian untuk membiayai empangan di Sungai Nil.

“Maghribi dibekalkan minyak, pembiayaan, pelaburan dan pekerjaan akhir-akhir ini,” tulisnya lagi, menurut laporan itu.

Bagaimanapun masih dipersoalkan mengenai rahsia pemindahan wang, dakwa sumber yang dipetik daripada laporan itu.

“Ia sangat keruh dan kes ini tidak akan selesai sehingga Arab Saudi dan Malaysia melepaskan semua data transaksi, dan ia tidak berlaku,” tulisnya lagi.