Rabu, 6 Januari 2016

AMANAH Selangor dapat lapan kerusi Ahli Majlis

 
EXCO Kerajaan Selangor enggan mendedahkan parti mana yang memberikan kerusi kepada AMANAH


selangor


PETALING JAYA : Lapan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) diberikan kepada wakil Parti Amanah Negara (AMANAH) hasil persetujuan antara PKR, PAS dan DAP.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah berkata, lima kerusi yang akan diberikan kepada AMANAH di Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Daerah Kuala Langat, Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Daerah Hulu Selangor dan Majlis Daerah Kuala Selangor.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan parti mana yang menyerahkan kerusi ahli majlis kepada AMANAH.

“Tidak penting untuk tahu parti mana yang serahkan kerusi untuk AMANAH tapi perkara ini telah diputuskan kerajaan negeri.

“Penggal baharu 2016-2017 akan bermula 15 Januari ini dengan 288 kerusi akan diisi namun berbaki dua lagi kerusi milik PKR dan DAP yang belum diputuskan nama ahli majlis di Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Daerah Kuala Langat,” katanya lapor Sinar Harian Online.

Menurutnya, isu pembahagian kuota untuk AMANAH itu telah selesai hasil perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Rabu.

Bagaimanapun, beliau berkata, bagi Ahli Majlis, Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Daerah Kuala Langat, nama ahli majlis masih lagi belum muktamad.

“286 kerusi sudah dimuktamadkan bagaimanapun sebelum 15 Januari ini semua senarai nama akan dipenuhkan,” katanya.

Sebelum ini, AMANAH mengemukakan permohonan 34 kerusi dengan dua ahli majlis untuk setiap PBT namun diluluskan hanya lapan kerusi sahaja.

Tiada ulasan: