BEN TAN
Aminolhuda berkata,
kerjasama yang Umno Johor berikan kepada Pas tidak seharusnya berhenti
di situ sahaja, tetapi ia perlu dikembangkan dengan parti pembangkang
lain. Foto TRP/ Ben Tan
JOHOR BARU, Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menggesa kerajaan negeri itu melihat kepada manfaat yang bakal diperoleh sekiranya mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang lain di Johor untuk kebaikan rakyat.
Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan
berkata, BN negeri terutamanya Umno Johor perlu terbuka dengan semua
pihak bagi kepentingan rakyat.
“Kami (Amanah Johor) terbuka dengan
perbincangan dan rundingan dengan pihak lain jika ia membabitkan sesuatu
yang baik untuk negara dan masyarakat.
“Kerjasama yang Umno Johor berikan kepada
Pas tidak seharusnya berhenti di situ sahaja, tetapi ia perlu
dikembangkan dengan parti pembangkang lain,” katanya kepada The Rakyat
Post.
Aminolhuda berkata, ini merupakan
maklumbalas terhadap laporan tiga hari lalu di mana Menteri Besar Johor,
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengalu-alukan Pas untuk bekerjasama
dengan Umno.
Khaled
yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor berkata, Umno Johor
mengalu-alukan Pas untuk mengadakan sebarang kerjasama yang memberi
kebaikan kepada rakyat.
Aminolhuda yang juga merupakan Ahli Dewan
Undangan Negeri Parit Yaani berkata, kerajaan negeri BN di bawah Khaled
juga perlu mengambil pendekatan yang sama kepada semua parti.
“Ini selari dengan konsep demokrasi terpimpin dan secara umumnya akan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.
Aminolhuda turut memberi contoh permohonan untuk tempat oleh parti pembangkang kepada kerajaan negeri yang sering ditolak.
Malah katanya, rundingan pro aktif dan
pemahaman pelbagai parti politik dalam negeri akan memperlihatkan
kematangan politik untuk negeri Johor.
“Dan ini akan memberikan manfaat kepada
semua pihak termasuk rakyat. Jangan hanya tetapkan sikap terbuka mereka
kepada satu parti politik sahaja,” katanya merujuk kepada pelawaan
Khaled kepada Pas.
Baru-baru ini, Presiden Umno, Datuk Sri
Najib Razak menawarkan untuk bekerjasama dengan Pas pada 10 Disember
dalam usaha untuk memajukan negara menurut perundangan Islam.
Najib yang juga Perdana Menteri
dilaporkan berkata, dia gembira apabila Pas tidak lagi bersama pakatan
pembangkang selepas parti itu digugurkan oleh Pakatan Harapan, iaitu
gabungan DAP, PKR dan Amanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan